Posts

Showing posts from December, 2018

Terima Kasih Daun Keladi

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Microsoft Office yang dipelajari dalam Subjek Aplikasi Komputer Syukur syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, berjaya saya menyiapkan tugasan Aplikasi Komputer (EPPD1063) ini iaitu penulisan 28 entri blog (tidak termasuk entri ini), tepat pada masanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas dorongan dan sokongan yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih seterusnya ditujukan kepada pensyarah bagi subjek Aplikasi Komputer iaitu Dr. Zaleha Binti Yazid atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kuliah dijalankan pada semester ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas bagi subjek Aplikasi Komputer Set 4 terutamanya ahli kumpulan Team i-Tastic di atas kesudian untuk berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Segala kenangan menyiapkan tugasan bersama-sama akan sentiasa diingati. Hasil daripada pembelajaran subjek Aplikasi Komputer ini, saya dapat m...

Sekitar Retreat Kerohanian @ Port Dickson

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis dalam Retreat anjuran Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik Kolej Aminuddin Baki 2018. Sebagai maklumat, Retreat juga disebut sebagai Bonding merupakan aktiviti wajib bagi setiap biro yang ada di Kolej Aminuddin Baki pada setiap tahun. 👪 Retreat Kerohanian 2018 Biro Kerohanian pada tahun ini mengadakan Retreat mereka pada 1 dan 2 Disember 2018 bertempat di Sunshine Bay Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 💦💦🏊🏊. Tujuan Retreat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli biro (berjumlah 27 orang termasuk Felo dan MEP - Majlis Eksekutif Pelajar). Lebih menarik lagi Retreat kali ini turut disertai oleh 4 orang ahli biro senior yang berfungsi sebagai PIC (Person-In-Charge) bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan. Hari Pertama Dikuasakan dengan empat buah kereta (2 daripadanya disewa), kami bertolak ke Port Dickson selepas menunaikan Solat Fardhu As...