Sekitar Retreat Kerohanian @ Port Dickson
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis dalam Retreat anjuran Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik Kolej Aminuddin Baki 2018. Sebagai maklumat, Retreat juga disebut sebagai Bonding merupakan aktiviti wajib bagi setiap biro yang ada di Kolej Aminuddin Baki pada setiap tahun. 👪
Biro Kerohanian pada tahun ini mengadakan Retreat mereka pada 1 dan 2 Disember 2018 bertempat di Sunshine Bay Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 💦💦🏊🏊. Tujuan Retreat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli biro (berjumlah 27 orang termasuk Felo dan MEP - Majlis Eksekutif Pelajar). Lebih menarik lagi Retreat kali ini turut disertai oleh 4 orang ahli biro senior yang berfungsi sebagai PIC (Person-In-Charge) bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan.
Hari Pertama
Dikuasakan dengan empat buah kereta (2 daripadanya disewa), kami bertolak ke Port Dickson selepas menunaikan Solat Fardhu Asar. Walaupun lokasinya tidaklah bergitu jauh, namun akibat kesesakan lalulintas dalam perjalanan ke sana, kami sampai ke lokasi penginapan pada jam 8.00 malam.
Selesai sahaja makan malam, kami menuju ke pantai berhampiran untuk menjalankan aktiviti pertama. Kami bermain permainan berkumpulan yang digelar Ping Pong Piang. Permainan ini menguji fokus ahli kumpulan untuk agar menunjukkan respons apabila nama kumpulan disebut. Jika respon lambat diberikan atau salah perkataan, maka kumpulan tersebut akan didenda dengan calitan "cat istimewa" (diperbuat daripada sirap ros dan tepung). Sebenarnya, semua kumpulan kena calitan tersebut 😅😅😅. Selepas itu, kami pun pulang ke resort untuk berehat untuk aktiviti esok.
Hari Kedua
Mungkin terlalu akibat terlalu penat, aktiviti pada hari kedua bermula pada jam 10.00 pagi iaitu selepas menjamu sarapan yang disediakan secara rewang yang diketuai oleh Felo kami Abang Jenol. Sekali lagi kami ke pantai yang kami pergi semalam untuk menjalankan aktiviti Explorace. Berbantukan 4 orang PIC dan Felo, setiap kumpulan perlu pergi ke 5 "Checkpoint" yang ditetapkan dan perlu menyelesaikan tugas yang diberikan di setiap Checkpoint tersebut.
Kenangan di Tepian Pantai
Selain menguji kepantasan berlari, tugasan yang diberikan turut menguji kecerdasan, keberanian dan kerjasama antara ahli kumpulan. Selepas itu, aktiviti penyampaian hadiah pula sebagai majlis penutup. Aktiviti Explorace dimenangi oleh Kumpulan Biru yang memenagi hadiah misteri (sehingga sekarang masih misteri) 😜😜. Selepas itu, kami bermandi-manda sebelum balik ke resort.
Selepas Solat Zohor, kami pergi semula ke pantai tersebut untuk bergambar sebagai kenang-kenangan. Selepas itu, kami pun pulang ke UKM. Ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan dan akan selalu dikenang sampai bila-bila.
Jeng3.....
Comments
Post a Comment