Posts

Showing posts from September, 2018

Disebalik Pengharaman Straw

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Straw Plastik Kerajaan telah mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2019, straw plastik tidak boleh diguna pakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala tindakan penguatkuasaan pula akan bermula pada tahun 2020. Kegagalan perniagaan untuk mematuhi peraturan baharu berkenaan akan menyebabkan lesen perniagaan ditarik . Pelbagai reaksi negatif telah menghujani media-media sosial berhubungan dengan isu ini. Tetapi penulis melihat isu ini dari kedua-dua segi positif dan negatif. Sebenarnya, pengharaman straw plastik telah lama dipraktikkan di beberapa negara maju seperti Jerman dan Taiwan. Malahan, beberapa rangkaian makanan segera turut menyambut baik dasar ini seperti McDonald's yang telah bermula lebih awal dengan menawarkan minuman tanpa straw bermula seawal Ogos 2018 lagi. Sisi positif daripada pengharaman straw ini termasuklah menjana inovasi. Seperti yang dinyatakan bahawa pengharam straw hanya tertak...

Arjuna Betta: Betta Splendens Bahagian I

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Betta Splendens Betta Splendens atau nama tempatannya ikan pelaga Siam, plakat (dalam bahasa Thai) dan trey krem (dalam bahasa Khmer) merupakan Betta sp. yang paling popular dalam industri ikan hiasan berbanding spesies Betta sp. lain. Ikan ini terkenal dengan sifatnya yang sangat agresif sehingga dikatakan akan berlaga sehingga salah seekor mati jika diletakkan dalam satu bekas, ( sifat ini hanya terjadi kepada ikan jantan sahaja, ikan betina masih boleh bercampur dalam satu bekas ). Betta Splendens liar Habitat asal ikan ini ialah di kawasan sawah-sawah padi, dataran banjir dan parit di sekitar Lembangan Mekong. Lembangan Mekong yang meliputi negara-negara Indo-China seperti Thailand (terutamanya di Sungai Chao Phraya), Kemboja, Laos dan Vietnam.  Namun begitu, versi liar ikan ini tidaklah secantik versi akuarium. Ini kerana Betta Splendens liar berwarna gelap dan kusam jika dibandngkan Betta Splendens yang di...

Penjelasan: Api Yunani

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, API, kecil jadi kawan, besar jadi lawan. Api merupakan unsur pemusnah yang dahsyat jika dibandingkan unsur semula jadi yang lain. Tapi ia dengan mudah dipadamkan dengan air, tiupan angin dan sebagainya. Namun terdapat satu senjata kuno yang mampu membuatkan api membakar bahkan di atas permukaan air sekalipun. Ia dikenali sebagai Api Yunani ( Greek Fire ). Api Yunani Jajahan takluk Empayar Byzantine (Rom Timur) yang luas memberikannya kelebihan sumber tenaga pakar dari pelbagai kawasan termasuklah Greek (Berikutan kejatuhan Tamadun Yunani ke tangan Rom). Sehingga kini, formula membuat bancuhan Api Yunani masih tidak dapat dikenal pasti. Ini kerana ia merupakan rahsia tidak ternilai Empayar Byzantine pada ketika itu dan dikhabarkan formula sebenar hanya diketahui oleh kaisar-kaisar Byzantine. Akan tetapi, saintis moden berpendapat bahawa sifat bahan mudah terbakar bahan seperti potasium nitrat, sulfur, resin dan kapur tohor berke...

Arjuna Betta....

Image
Assalamualaikum dan salam siswa siswi, Perhatian: Entri ini bukan mengenai lagu dendangan Fynn Jamal iaitu Arjuna Beta 😜😉😉😀😀 Betta sp. atau dikenali sebagai ikan pelaga, merujuk kepada sekumpulan ikan kecil, berwarna-warni dan tergolong dalam keluarga ikan sepat at au " osphronimidae " Asal nama.... Lopak air merupakan habitat kesukaan Betta sp. Nama "ikan pelaga" berasal daripada sifat semula jadinya dimana ikan jantan akan berlaga antara satu sama lain jika bertemu. Saiz ikan laga adalah sekitar 2.5cm hingga 12.5cm. Habitat semulajadi ikan ini termasuklah sawah-sawah padi, parit, sungai berarus perlahan dan lopak besar. Oleh itu, terdapat mitos yang menyatakan bahawa nama saintifik "betta sp." berasal daripada perkataan bahasa Melayu "betah" yang bermaksud tahan. Ini kerana di habitat asalnya, ikan ini menerima kadar oksigen. Spesies....     Betta Sp.: Dari atas kiri, Betta Splendens, Betta Imbellis Dari kiri bawa...

Sisi Gelap iPhone 2018

Image
Assalamualaikum dan salam siswa siswi, Steve Jobs 1955-2011 dalam kenangan Jika entri sebelum ini lebih bersifat pro-iPhone, entri kali ini pula besifat sebaliknya. Pelancaran iPhone 2018 pada 13 September yang lalu, sebenarnya telah membuktikan bahawa legasi yang ditinggalkan oleh Steve Jobs iaitu salah seorang pengasas Apple Inc, telah benar-benar terkubur bersama-sama beliau yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 Oktober 2011 akibat kanser pankreas. Legasi terbesar Steve Job ialah iPhone itu sendiri yang mengubah lanskap telefon bimbit sehingga mewujudkan istilah yang kita kenali sebagai "telefon pintar". Persoalannya, bagaimana??? Evolusi perubahan iPhone 2007-2017 Jika kita sedari, iPhone direka dengan saiz skrin yang kecil sekitar 4.0 inci bagi memudahkan jari pengguna menyentuh semua bahagian hadapan iPhone. Dalam erti kata lain, ia direka sebagai " one-hand user phone " sesuai dengan gaya hidup yang sibuk yang membolehkan kita ...

iPhone 2018: Yang mana satu, idaman kamu

Image
Assalamualaikum dan salam siswa siswi, iPhone 2018 Pada 13 September 2018, Apple secara rasminya telah melancarkan koleksi iPhone 2018. Menariknya, pada pelancaran kali ini, Apple bukan sahaja mengeluarkan 1 model dibawah jenama iPhone tetapi 3 model iPhone terbaharu iaitu; iPhone XS, XS Max dan XR. (Memang nak caras ni, launch sekali tiga). Dengar nama sahaja dah cukup mengelirukan. Tetapi ketiga-tiga model ini mempunyai persamaan dan perbezaan dalam beberapa aspek. (Macam orang Kemboja cakap,  Same- Same, But Different ). Same-Same.... Secara keseluruhan, ketiga-tiga model ini menggunakan cip pemprosesan terbaharu iaitu cip A12 Bionic yang dikatakan lebih pantas berbanding cip A11 bagi model iPhone X 2017 dengan peningkatan kelajuan pemprosesan sebanyak 15%. Selain itu, skrin bertakuk masih lagi dikekalkan daripada iPhone X. Seterusnya, kamera hadapan ketiga-tiga model tersebut beresolusi 7 megapixel, f/2.2 dan 1080p@60fps bagi video, ( ini baru kamera hadapan...

IHSAN, bukan terhadap manusia sahaja.....

Image
Assalamualaikum dan Salam Siswa Siswi, Tergamak sungguh...😭😭😭 Kucingku comel, Bulunya lebat, Selalu sihat, Kerana PowerCat. Meowww.......... Walaupun aku agak menyampah dengan lagu iklan PowerCat tu tapi takdela sampai sanggup aku bunuh kucing dalam mesin basuh!!! 💢💢 Video rakaman CCTV menunjukkan dua individu atau lebih layak dipanggil "BINATANG" yang tergamak sungguh memasukkan seekor kucing betina yang bunting ke dalam pengering disebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria pada jam 12.30 malam, 12 September yang lalu. Sungguhku tak sangka dizaman yang serba moden ni, masih wujud sampah macamni. Apelah salah kucing tu. Membunuh kucing yang bunting bererti telah membunuh sekurang-kurangnya seekor anak kucing yang belum sempat melihat dunia. Aku secara peribadi sememangnya mengutuk keras tindakan sampah masyarakat tersebut. Halu Pulis... "Kami mahu menuntut bela atas kematian saudara semeow kami" Siasatan mendapati bah...

Aku & UKM

Image
Assalamualaikum dan salam siswa siswi, Aku seolah-olah masuk ke sebuah dunia baharu sebaik saja melangkah ke pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada sebuah hari bersejarah dalam hidup aku iaitu pada tanggal 2 September 2018, sebagai seorang insan bergelar prasiswazah ( sebab belum rasmi lagi waktu itu ). Berdasarkan sehelai kertas ajaib yang aku panggil slip pengesahan kemasukan, tempat aku telah disahkan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dalam program Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (atau lebih glamorrr dipanggil BBA) manakala kolej kediaman aku pula ialah Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang merupakan kolej kedua tertua di UKM ini. Allahyarham Tun Abdul Razak: Canselor Pertama UKM Secebis momori.... 18 Mei 1970, kampus UKM yang pertama (dan sementara) yang terletak di Jalan Pantai Baru telah membuka pintunya kepada 192 pelajar siswazah selaku "first batch students" di universiti bersejarah ini. ketika itu, ...