Aku & UKM
Assalamualaikum dan salam siswa siswi,
Aku seolah-olah masuk ke sebuah dunia baharu sebaik saja melangkah ke pintu masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada sebuah hari bersejarah dalam hidup aku iaitu pada tanggal 2 September 2018, sebagai seorang insan bergelar prasiswazah (sebab belum rasmi lagi waktu itu). Berdasarkan sehelai kertas ajaib yang aku panggil slip pengesahan kemasukan, tempat aku telah disahkan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dalam program Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (atau lebih glamorrr dipanggil BBA) manakala kolej kediaman aku pula ialah Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang merupakan kolej kedua tertua di UKM ini.
Allahyarham Tun Abdul Razak: Canselor Pertama UKM
Secebis momori....
18 Mei 1970, kampus UKM yang pertama (dan sementara) yang terletak di Jalan Pantai Baru telah membuka pintunya kepada 192 pelajar siswazah selaku "first batch students" di universiti bersejarah ini. ketika itu, hanya terdapat tiga buah fakulti iaitu, Fakulti Sains, Fakulti Kesenian dan Fakulti Pengajian Islam. Sebagai sebuah universiti yang lahir daripada aspirasi ribuan rakyat Malaysia. Ia merupakan universiti yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa sebagai bahasa penghantar rasmi disini.
DECTAR: Dewan keramat yang bakal menjadi tempat aku mengenggam segulung ijazah. InsyaAllah
Kini....
Selari dengan perkembangan zaman, UKM kini terdiri daripada 3 buah kampus dimana kampus Bangi berfungsi sebagai kampus induk, diikuti oleh 2 buah kampus satelit yang terletak di Kuala Lumpur dan Cheras. Sebagai universiti yang menempatkan mahasiswa bergelar "Penjunjung Amanah Negara", UKM dengan gahnya sentiasa menduduki 3 tempat teratas sebagai Universiti terbaik di Malaysia. Pada peringkat global pula, UKM berada di tangga #183 di dunia (semasa entri ini ditulis). Warga UKM kini pula terdiri daripada 2432 orang tenaga pengajar dan 16977 pelajar iaitu seramai 11500 siswazah dan 5477 pascasiswazah dimana 2551 orang daripadanya merupakan pelajar antarabangsa daripada 52 buah negara.
Kembali pada realiti....
Setelah Ayah meletakkan kereta di tempat letak kereta dataran FEP, aku bergegas masuk ke fakulti untuk membuat pengesahan pendaftaran. Petugas pendaftaran secara tibe2 menegur aku, "muke cam nervous je, Tenang-tenanglaa masuk Uni kene happy". Aku pon cuba menenangkan hati yang bergelora. Setelah itu, aku memasuki kolej kediaman aku iaitu Kolej Aminuddin Baki (yang rupa-rupanya terletak berhadapan dengan fakulti). Fuhhh... Legalaa jugak sebab kalau bangun lambat masih boleh pecut ke kuliah. HUHUHU....
Aku menuju ke bilik aku (dirahsiakan), dan mendapati katil disebelah kiri telah diambil oleh teman sebilik aku yang nak dekat Asar baru muncul. Katenye datang awal sebab dari Johor Bharu, pastu keluar makan kejap (agaknya). Setelah berkenalan, kami pun menuju ke surau untuk menunaikan solat fardu Asar. Maka selapas itu, bermulalah perjalanan beribu batu aku di bumi varsiti ini sebagai seorang pelajar IPT.
Jeng3.....
Comments
Post a Comment