iPhone 2018: Yang mana satu, idaman kamu

Assalamualaikum dan salam siswa siswi,

Image result for iphone xs xs max xr
iPhone 2018

Pada 13 September 2018, Apple secara rasminya telah melancarkan koleksi iPhone 2018. Menariknya, pada pelancaran kali ini, Apple bukan sahaja mengeluarkan 1 model dibawah jenama iPhone tetapi 3 model iPhone terbaharu iaitu; iPhone XS, XS Max dan XR. (Memang nak caras ni, launch sekali tiga). Dengar nama sahaja dah cukup mengelirukan. Tetapi ketiga-tiga model ini mempunyai persamaan dan perbezaan dalam beberapa aspek. (Macam orang Kemboja cakap, Same- Same, But Different).


Same-Same....

Secara keseluruhan, ketiga-tiga model ini menggunakan cip pemprosesan terbaharu iaitu cip A12 Bionic yang dikatakan lebih pantas berbanding cip A11 bagi model iPhone X 2017 dengan peningkatan kelajuan pemprosesan sebanyak 15%. Selain itu, skrin bertakuk masih lagi dikekalkan daripada iPhone X.

Seterusnya, kamera hadapan ketiga-tiga model tersebut beresolusi 7 megapixel, f/2.2 dan 1080p@60fps bagi video, (ini baru kamera hadapan). Ketiga-tiga model ini juga menyokong dwi-SIM (baru nak buat, pengeluar telefon pintar laindah lame dah) iaitu nano-SIM dan e-SIM. Sistem keselamatan juga sama seperti iPhone X iaitu faceID berbanding model-model sebelumnya iaitu touchID.


But Different...

Namun begitu, terdapat juga pebezaan antara ketiga-tiga model ini. Perbezaan paling ketara terletak pada saiz skrin di mana iPhone XS Max memiliki skrin terbesar iaitu 6.5 inci, diikuti XR iaitu 6.18 inci dan XS mempunyai saiz skrin terkecil iaitu 5.8inci. Bagi kamera belakang pula, iPhone XS dan XS Max mempunyai dwikamera beresolusi 12 megapixel setiap satu lensa (maknenye 12 megapixel + 12 megapixel), manakala XR pula hanya mempunyai satu kamera sahaja yang beresolusi 12 megapixel.

Perbezaan terbesar sekali yang dinilai ialah kapasiti bateri. iPhone XS Max mempunyai kapasiti bateri terbesar antara ketiga-tiga model ini iaitu sebanyak 3174 mAh diikuti oleh XR dengan kapasiti sebanyak 2942 mAh dan akhir sekali XS dengan kapasiti sebanyak 2658mAh.


Pilihan Ditangan Anda....

Dengan semua spesifikasi yang dinyatakan diatas, kita boleh menilai sendiri yang mana satukah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita juga boleh pilih mengikut kemampuan kita. Oleh itu, ukurlah baju dibadan sendiri agar puas membeli menang memakai.


Jeng3.....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM