Disebalik Pengharaman Straw

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Image result for straw plastik
Straw Plastik

Kerajaan telah mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2019, straw plastik tidak boleh diguna pakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala tindakan penguatkuasaan pula akan bermula pada tahun 2020. Kegagalan perniagaan untuk mematuhi peraturan baharu berkenaan akan menyebabkan lesen perniagaan ditarik. Pelbagai reaksi negatif telah menghujani media-media sosial berhubungan dengan isu ini. Tetapi penulis melihat isu ini dari kedua-dua segi positif dan negatif.

Sebenarnya, pengharaman straw plastik telah lama dipraktikkan di beberapa negara maju seperti Jerman dan Taiwan. Malahan, beberapa rangkaian makanan segera turut menyambut baik dasar ini seperti McDonald's yang telah bermula lebih awal dengan menawarkan minuman tanpa straw bermula seawal Ogos 2018 lagi.

Sisi positif daripada pengharaman straw ini termasuklah menjana inovasi. Seperti yang dinyatakan bahawa pengharam straw hanya tertakluk ke atas straw plastik sahaja. Ini bermakna straw yang menggunakan bahan selain plastik masih boleh digunakan. Hal ini terbukti bahawa sejurus selepas pengumuman tersebut dilakukan, beberapa peniaga atas talian mula memasarkan straw yang diperbuat daripada besi dan kaca. Ini bermakna masih terdapat alternatif bagi mengatasi masalah ini.


Related image
Straw besi

Seterusnya, pengharaman straw ini sedikit-sebanyak dapat membantu memulihara alam sekitar. Pada pendapat setetengah orang, "Setakat straw sebatang, apalah sangat". Tetapi tahukah anda? Plastik merupakan bahan tidak terbiodegrasi. Ini bermakna proses pereputan straw ini memakan masa bertahun-tahun. Lebih menyayat hati, terdapat sesetengah hidupan seperti penyu dan ikan paus yang mati disebabkan sikap sebegini. Ini disebabkan haiwan ini tidak mampu membezakan sampah dan makanan.

Dari segi negatifnya pula, pengharaman straw juga menjadi bebanan kepada rakyat umumnya. Ini kerana straw besi dan straw kaca yang menggantikan straw plastik dijual dengan harga yang mahal. Harga paling murah bagi sebatang straw besi ialah RM1.50. Tidakkah hal ini akan membebankan pengguna kerana perlu membayar caj tamabahan untuk mendapatkan sebatang straw dengan harga sebegitu mahal?

Selain itu, penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui dalam membuat alternatif bagi straw plastik ini juga memburukkan alam sekitar. Sebagai misalnya, semakin banyak bijih bauksit akan dilombong bagi memenuhi industri pembuatan straw besi. Hal ini juga tidak baik kerana lebih banyak kawasan perlombongan yang berpotensi akan diteroka dan seterusnya mencemarkan alam sekitar.


Jeng3.....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM