IHSAN, bukan terhadap manusia sahaja.....
Assalamualaikum dan Salam Siswa Siswi,
Tergamak sungguh...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Kucingku comel,
Bulunya lebat,
Selalu sihat,
Kerana PowerCat.
Meowww..........
Walaupun aku agak menyampah dengan lagu iklan PowerCat tu tapi takdela sampai sanggup aku bunuh kucing dalam mesin basuh!!! 💢💢 Video rakaman CCTV menunjukkan dua individu atau lebih layak dipanggil "BINATANG" yang tergamak sungguh memasukkan seekor kucing betina yang bunting ke dalam pengering disebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria pada jam 12.30 malam, 12 September yang lalu.
Sungguhku tak sangka dizaman yang serba moden ni, masih wujud sampah macamni. Apelah salah kucing tu. Membunuh kucing yang bunting bererti telah membunuh sekurang-kurangnya seekor anak kucing yang belum sempat melihat dunia. Aku secara peribadi sememangnya mengutuk keras tindakan sampah masyarakat tersebut.
Halu Pulis..."Kami mahu menuntut bela atas kematian saudara semeow kami"
Siasatan mendapati bahawa dua sampah masyarkat tersebut merupakan warga tempatan dan sering menggunakan perkhidmatan di dobi berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Kesiksaan kerana menyiksa dan membunuh binatang (jangan main-main, dalam Kanun Kesiksaan pun ada peruntukan untuk haiwan) dan jika disabitkan bersalah, penjenayah tersebut bakal dijatuhkan dihukuman mengikut Akta Kebajian Haiwan 2015.
Tuntasnya, sebagai makhluk Allah SWT, kucing jalanan juga berhak untuk mendapat ihsan daripada manusia. Si comel itu tak kacau sesiapa pun, hanya mahu menumpang kasih seperti kucing-kucing mahal peliharaan kita. Janganlah kita bersikap bias kerana kita tidak tahu, si comot itulah satu hari nanti mungkin menjadi asbab kita masuk ke dalam syurga (till jannah) atau neraka (neraka kirim salam).
Jeng3.....
Comments
Post a Comment