Jelajah Uptown Jalan Reko

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Kehidupan di UKM pada hari minggu boleh jadi sesuatu yang membosankan 😥😥..... Kalau nak keluar ke pusat membeli-belah adakalanya berfikir 2-3 kali sebab.... duit makin kering woo. Tetapi ada satu alternatif yang lebih murah dan dekat yang boleh menggantikan kompleks beli-belah. Jawapannya ialah Uptown Jalan Reko, Kajang.


Image result for uptown jalan reko
Uptown Jalan Reko, Kajang

Uptown Jalan Reko merupakan bazaar malam (bukan pasar malam) yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan dari makanan, baju, kasut dan beg pada harga yang murah dan berpatutan. Lokasinya sangat strategik kerana terletak diantara Pusat Bandar Kajang dengan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Selain itu, Stesen Bas Ekspres Reko Sentral juga terletak beberapa kilometer dari sini dan kita juga boleh mendapatkan barangan keperluan harian di pasar raya Econsave yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari sini. Pada bulan Ramadhan kawasan ini dikenali sebagai Bazaar Ramadhan Jalan Reko.


Tarikan

Image result for uptown jalan reko
Antara gerai makanan di Uptown Jalan Reko


Image result for uptown jalan reko
Beg dijual dengan harga murah

Pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual disini dengan harga yang berpatutan. Antaranya ialah kebab, takoyaki, keropok lekor dan nasi goreng pelbagai. Bagi penggemar pakaian pula, disini terdapat bermacam-macam jenis t-shirt, tudung, jeket, kasut, dan tali pinggang yang dijual dengan harga yang murah. Jika pandai tawar-menawar kita boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah. Oleh itu, Kawasan jualan di sini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu makanan dan bukan makanan.

Cara Ke Sana

Kedudukan Uptown Jalan Reko ini sangat strategik kerana tidak jauh dari situ, letaknya Stesen Pertukaran MRT & KTM Kajang. Bagi pelajar UKM pula, kita boleh ke sana dengan menaiki Grab dengan bayaran sebanyak RM 10. Salain itu, alternatif yang lebih murah ialah dengan menaiki bas perantara MRT bernombor T451 yang bermula daripada Stesen MRT Stadium Kajang hingga ke UKM. Tambang bagi bas ini pula ialah RM 1.00 bagi semua arah. Namun begitu, trip terakhir bas ini adalah pada jam 10.30 malam. Manakala Uptown Jalan Reko pula dibuka pada jam 9.00 malam sehingga 2.30 pagi. Akan tetapi, jika anda ingin meluangkan masa yang lama disini., anda dinasihatkan agar pulang ke UKM dengan menaiki Grab. 😂😂😂


Jeng.....


Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM