Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Entri kali ini akan menceritakan tentang sistem pengangkutan awam di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Hal ini dibantu oleh jaringan jalan raya yang luas dan semestinya pengangkutan awam yang effisyen. Di Lembah Klang (meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan sebahagian Negeri Sembilan), sistem pengangkutan awam ini diintegrasikan dibawah sebuah sistem iaitu TRANSIT (Klang Valley Integrated Transit System).
LRT (kiri) dan MRT (kanan) adalah antara pengangkutan awam dibawah TRANSIT
Dibawah TRANSIT, seluruh Lembah Klang dihubungkan dengan 11 buah laluan yang beroperasi sepenuhnya iaitu; 2 laluan rel komuter (KTM Komuter), 5 rel transit pantas (MRT/LRT/Monorail) dan 1 transit bas (BRT). Bagi sambungan ke lapangan terbang pula, 2 buah laluan rel menuju ke KLIA (ERL Ekspres dan ERL Transit) dan satu lagi ke Lapangan Terbang Subang (KTM Skypark) yang bermula daripada KL Sentral. Terdapat empat operator pengangkutan awam yang mengendalikan TRANSIT ini iaitu; RapidKL (Rapid Rail & Rapid Bus), KTM dan ERL. Berikut merupakan jenis pengangkutan awam yang dikendalikan oleh operator tersebut:
1. Rapid Rail: LRT, MRT, Monorail dan BRT
2. Rapid Bus: Bas Rapid KL
3. KTM: KTM Komuter & KTM Skypark
4. ERL: KLIA Ekspres dan KLIA Transit
Sistem Pembayaran
Kad Touch N' Go digunakan secara meluas oleh pengguna TRANSIT
Bagi memudahkan pengguna, Kad Touch N' Go (TNG) digunakan sebagai tiket dalam Sistem TRANSIT ini. Kad TNG mengandungi cip yang menyimpan data pengguna seperti amaun baki tunai. Oleh itu, kita hanya perlu menambah nilai Kad TNG bagi membolehkan akses ke dalam TRANSIT. Selain itu, KTM juga memperkenalkan Kad KTM yang hanya boleh digunakan di Stesen Komuter sahaja.
Bagi pengguna yang menggunakan stesen pertukaran rel dibawah kendalian Rapid Rail iaitu LRT, MRT dan Monorail, anda tidak dikehendaki menyentuh keluar Kad TNG semasa bertukar rel sebaliknya perlu menyentuh keluar di stesen destinasi. Perkara ini boleh dilakukan di stesen pertukaran Rapid Rail di Titiwangsa, Hang Tuah, Putra Heights, Masjid Jamek, Pasar Seni, Merdeka-Plaza Rakyat dan Maluri.
Berikut pula merupakan senarai laluan pengangkutan awam TRANSIT (mengikut kod Laluan):
1: KTM Laluan Seremban
2: KTM Laluan Pelabuhan Klang
3: LRT Laluan Ampang
4: LRT Laluan Sri Petaling
5: LRT Laluan Kelana Jaya
6: KLIA Ekspres
7: KLIA Transit
8: KL Monorail
9: MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang
10: KTM Skypark
B1: BRT Sunway
Kesimpulan
TRANSIT merupakan bukti bahawa pengangkutan awam di Malaysia merupakan antara yang terbaik didunia. Kita dapat mengembara merentasi 3 buah negeri melalui sistem ini. Paling penting kosnya lebih murah berbanding menaiki kereta serta bersifat mesra alam sekitar kerana menggunakan tenaga alternatif.
TRANSIT merupakan bukti bahawa pengangkutan awam di Malaysia merupakan antara yang terbaik didunia. Kita dapat mengembara merentasi 3 buah negeri melalui sistem ini. Paling penting kosnya lebih murah berbanding menaiki kereta serta bersifat mesra alam sekitar kerana menggunakan tenaga alternatif.
Jeng3.....
Comments
Post a Comment