Revolusi Telefon Pintar: Perang Kamera

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,

Sebuah telefon pintar yang biasa dilengkapi dengan satu kamera di bahagian belakang dan satu kamera di bahagian hadapan bertujuan untuk mengambil gambar. Tapi mutakhir ini, kamera pada telefon pintar bukan sekadar kamera untuk mengambil gambar sahaja. Pelbagai inovasi yang dilakukan oleh pengeluar bagi mempromosikan barangan mereka agar dapat memuaskan kehendak pelanggan yang rata-ratanya mahu kelihatan cantik di dalam gambar.


Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (Artificial Intellegent, AI)
Pengeluar telefon pintar pada masa kini kebanyakkannya telah melengkapkan telefon pintar yang dikeluarkan dengan kesan Kecerdasan Buatan (AI). Langkah ini telah dimulakan oleh Oppo menerusi siri Oppo F5 pada tahun 2017. Kesan AI membolehkan gambar yang diambil disesuaikan mengikut pencahayaan persekitaran, kecerahan kulit. 

Related image
Oppo F5 dengan kejuruteraan AI 

Dalam pada itu, pengeluar lain iaitu Huawei menerusi model Nova 2i pula memperkenalkan suntingan kesan bokeh selepas gambar diambil. Bokeh bermaksud kesan kabur dalam gambar. Hal ini membolehkan fokus diketengahkan kepada mana-mana tempat di dalam gambar dan suntingan boleh dilakukan walaupun selepas gambar telah diambil.


Related image
Kesan Bokeh "kabur'' yang boleh disunting selapas gambar diambil


2,3,4,5 Kamera?


Image result for iphone 7Image result for iphone x
Perhatikan kedudukan kamera... Kiri: iPhone 7 plus, Kanan: iPhone X


Jika dahulu, cukup satu kamera di bahagian belakang untuk mengambil gambar. Tetapi kini tidak lagi. Apple menerusi iPhone 7 plus merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan dwikamera pada model keluarannya. Hal ini kemudiannya diikuti oleh pesaing-pesaingnya yang lain seperti Vivo, Oppo dan Huawei. Oleh itu, pada 2017, Apple memperkenalkan iPhone X dengan mengubah kedudukan dwikamera dari tepi ke bawah bagi menyesuaikannya dengan gambar landskap. Namun seakan-akan perang, pengeluar telefon pintar lain turut meniru rekaan Apple. Lebih dahsyat lagi, mereka kini bersaing dengan bilangan kamera yang lebih banyak. Kelakar bukan?


Image result for vivo v9Image result for huawei p20
Vivo V9: 2 kamera                        Huawei P20: 3 kamera

Related imageRelated image
Samsung Galaxy A9 2018: 4 kamera                 Nokia 9 2018: 5 kamera             

Selamat tinggal telefon pintar 1 kamera

Tidak dapat dikenal pasti bilakah Perang Kamera ini akan berakhir. Sama-sama kita nantikan inovasi yang berlaku pada masa akan datang. 😂😂😆😆



Jeng3.....


Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM