Posts

Terima Kasih Daun Keladi

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Microsoft Office yang dipelajari dalam Subjek Aplikasi Komputer Syukur syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, berjaya saya menyiapkan tugasan Aplikasi Komputer (EPPD1063) ini iaitu penulisan 28 entri blog (tidak termasuk entri ini), tepat pada masanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas dorongan dan sokongan yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih seterusnya ditujukan kepada pensyarah bagi subjek Aplikasi Komputer iaitu Dr. Zaleha Binti Yazid atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kuliah dijalankan pada semester ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas bagi subjek Aplikasi Komputer Set 4 terutamanya ahli kumpulan Team i-Tastic di atas kesudian untuk berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Segala kenangan menyiapkan tugasan bersama-sama akan sentiasa diingati. Hasil daripada pembelajaran subjek Aplikasi Komputer ini, saya dapat m...

Sekitar Retreat Kerohanian @ Port Dickson

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis dalam Retreat anjuran Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik Kolej Aminuddin Baki 2018. Sebagai maklumat, Retreat juga disebut sebagai Bonding merupakan aktiviti wajib bagi setiap biro yang ada di Kolej Aminuddin Baki pada setiap tahun. 👪 Retreat Kerohanian 2018 Biro Kerohanian pada tahun ini mengadakan Retreat mereka pada 1 dan 2 Disember 2018 bertempat di Sunshine Bay Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 💦💦🏊🏊. Tujuan Retreat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli biro (berjumlah 27 orang termasuk Felo dan MEP - Majlis Eksekutif Pelajar). Lebih menarik lagi Retreat kali ini turut disertai oleh 4 orang ahli biro senior yang berfungsi sebagai PIC (Person-In-Charge) bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan. Hari Pertama Dikuasakan dengan empat buah kereta (2 daripadanya disewa), kami bertolak ke Port Dickson selepas menunaikan Solat Fardhu As...

Inspirasi Laksamana Yi: Pencetus Keajaiban Sungai Han

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Hari ini kita melihat Korea Selatan sebagai sebuah negara Asia yang gah dimata dunia. Manakan tidaknya, Korea merupakan salah satu daripada Empat Naga Asia (gelaran diberikan kepada negara Asia yang telah mencapai status negara maju; Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura) yang disegani oleh kebanyakkan negara-negara Asia yang sedang membangun. Namun tahukah anda... Bahawa sesungguhnya kemegahan Korea yang kita lihat pada hari ini tidak lain hanyalah abu peperangan pada 60 tahun yang lalu. Tidak dinafikan bahawa bangsa Korea tidak banyak memenangi siri peperangan yang mereka sertai. Namun itu, bukanlah pengakhiran bagi memadamkan api semangat orang Korea yang sememangnya terkenal dengan semanagat juang yang tinggi. Laksamana Yi Sun-Shin dalam aplikasi permainan Mobile Legends Hal ini kerana mereka berpegang kuat kepada semangat juang yang ditunjukkan oleh Laksamana Yi Sun-Shin (1545-1548). Bagi peminat aplikasi permainan...

Sekitar FESKIS 2018

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kali ini penulis akan menceritakan mengenai FESKIS 2018. FESKIS merupakan singkatan bagi Festival Kesenian Islam yang dianjurkan oleh Pusat Islam bersempena sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah. FESKIS diadakan selama 4 hari bermula daripada 22 November sehingga 25 November 2018. Lokasi utama bagi FESKIS 2018 pula ialah Auditorium Pusat Siswazah UKM. Poster pemilihan peserta FESKIS 2018 Penulis mempunyai tugas khas sepanjang FESKIS ini berlangsung kerana dibawah Biro Kerohanian, Kolej Aminuddin Baki, penulis bertugas sebagai pengurus bagi pengendali peserta Hafazan yang mewakili Kolej Aminuddin Baki. Oleh itu, penulis berada ketika semua pertandingan berlangsung kecuali Pertandingan Khat. Berikut merupakan acara dan pertandingan yang diadakan sepanjang FESKIS berlangsung: Khamis (22 November): Hafazan Jumaat (23 November): Tilawah Al-Quran Sabtu (24 November): Khat dan Syarahan Ahad (25 November): Nasyid dan Upacara Penutup F...

Sekitar ECONHUNT 2018

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Pada 21 November 2018, Kursus Makroekonomi 1 dibawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan ECONHUNT bagi pelajar FEP yang mengambil Kursus Makroekonomi ini. Ia merupakan markah yang akan dikira dalam dalam kursus ini. Oleh itu, kesemua pelajar FEP yang mengambil kursus ini diwajibkan untuk mengikutinya. Poster EconHunt Makroekonomi 2018 Acara ini agak menarik kerana ia menggambungkan aktiviti lasak, aplikasi teknologi dan soalan yang menguji minda. Acara ini bermula dengan pengumpulan ahli kumpulan. Terdapat 30 kumpulan yang bertanding dalam acara ini dan setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pelajar antarabangsa. Selepas itu, setiap kumpulan akan diberi sampul mengandungi petunjuk dimanakah soalan tersebut disembunyikan.  Seterusnya ucapan alu-aluan dan upacara perasmian ECONHUNT oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Norman Mohd Salleh. Selepas itu, peserta pun mula dilepaskan untu...

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Peta Jaringan Pengangkutan Awam dibawah TRANSIT Entri kali ini akan menceritakan tentang sistem pengangkutan awam di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Hal ini dibantu oleh jaringan jalan raya yang luas dan semestinya pengangkutan awam yang effisyen. Di Lembah Klang (meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan sebahagian Negeri Sembilan), sistem pengangkutan awam ini diintegrasikan dibawah sebuah sistem iaitu TRANSIT (Klang Valley Integrated Transit System).   LRT (kiri) dan MRT (kanan) adalah antara pengangkutan awam dibawah TRANSIT Dibawah TRANSIT, seluruh Lembah Klang dihubungkan dengan 11 buah laluan yang beroperasi sepenuhnya iaitu; 2 laluan rel komuter (KTM Komuter), 5 rel transit pantas (MRT/LRT/Monorail) dan 1 transit bas (BRT). Bagi sambungan ke lapangan terbang pula, 2 buah laluan rel menuju ke KLIA (ERL Ekspres dan ERL Transit) dan satu l...

Sekitar Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki 2018

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Pada entri kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis semasa Minggu Keusahawanan Kolej Aminddin Baki. Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan Kolej Aminuddin Baki yang wajib pada setiap tahun ialah Minggu Keusahawanan Kolej Aminddin Baki. Acara ini anjurkan oleh Kelab Usahawan KAB (dikenali sebagai BMart) dan Biro Pembangunan Keusahawanan (EDB). Poster Gerai Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik Dalam aktiviti ini, kesemua biro dibawah kendalian Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki akan mengadakan jualan bagi mengumpul dana bagi kegunaan aktiviti biro bagi sesi 2018/2019. Antara biro yang terlibat ialah Biro Akademik, Biro Keselamatan, Biro Kebajikan dan tidak lupa biro penulis sendiri iaitu Biro Kerohanian dan Pembangunan Sivik. Selain itu, terdapat juga pemilik gerai dari luar UKM yang menyewa tapak disini bagi meluaskan lagi perniagaan mereka. Acara ini berlangsung selama empat hari bermula pa...