Sekitar ECONHUNT 2018
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Pada 21 November 2018, Kursus Makroekonomi 1 dibawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan ECONHUNT bagi pelajar FEP yang mengambil Kursus Makroekonomi ini. Ia merupakan markah yang akan dikira dalam dalam kursus ini. Oleh itu, kesemua pelajar FEP yang mengambil kursus ini diwajibkan untuk mengikutinya.
Acara ini agak menarik kerana ia menggambungkan aktiviti lasak, aplikasi teknologi dan soalan yang menguji minda. Acara ini bermula dengan pengumpulan ahli kumpulan. Terdapat 30 kumpulan yang bertanding dalam acara ini dan setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pelajar antarabangsa. Selepas itu, setiap kumpulan akan diberi sampul mengandungi petunjuk dimanakah soalan tersebut disembunyikan.
Seterusnya ucapan alu-aluan dan upacara perasmian ECONHUNT oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Norman Mohd Salleh. Selepas itu, peserta pun mula dilepaskan untuk mencari pentunjuk.
Aplikasi HP Reveal yang digunakan didalam EconHunt 2018
Dalam permainan ini, peserta dikehendaki untuk mencari 20 soalan yang diletakkan di 20 lokasi berbeza di sekitar UKM Kampus Bangi. Apa yang lebih menarik, soalan tersebut hanya boleh dilihat dengan menggunakan aplikasi HP REVEAL.
Menggunakan aplikasi ini, peserta dikehendaki menangkap gambar objek yang digambarkan dalam petunjuk. Sekiranya, gambar tersebut gambar yang benar, maka soalan berkaitan makroekonomi akan muncul pada gambar tersebut. Sekiranya, gambar tersebut gambar yang salah, maka emoji akan muncul pada gambar tersebut.
Bagi menjimatkan masa, peserta dibenarkan berpecah kepada beberapa kumpulan dan soalan boleh dibahagi-bahagikan. Oleh itu, semua peserta dimestikan mempunyai aplikasi HP REVEAL didalam telefon pintar mereka. Selain itu, peserta juga bebas untuk menggunakan apa sahaja cara untuk bergerak ke lokasi petunjuk sama ada berjalan kaki, menggunakan bas, kereta atau motosikal.
Antara peserta EconHunt 2018
Setibanya dilokasi, petunjuk yang diyakini mengandungi soalan perlu diambil gambar objek petunujuk tersebut menggunakan aplikasi HP REVEAL. Sebagai bukti, peserta perlu mengambil swafoto dilokasi petunjuk. Setelah selesai 20 soalan diperoleh setiap kumpulan dikehendaki mengambil gambar bersama-sama kesemua ahli kumpulan.
Setelah itu, peserta perlu kembali semula ke FEP untuk menjawab kesemua soalan berkaitan makroekonomi. Pada masa yang sama, ketua kumpulan pula perlu menghantar bukti gambar soalan, swafoto di lokasi, gambar ahli kumpulan ke email: econhuntukm@gmail.com sebagai bukti penyertaan untuk disahkan oleh AJK pertandingan yang bertugas.
Setelah soalan selesai dijawab, peserta dibenarkan pun dibenarkan untuk pulang. Bagi penulis, ia merupakan sebuah pengalaman baharu dimana aplikasi teknologi mampu menjadikan permainan lebih menarik berbanding kaedah pencarian harta karun yang tradisional. Diharapkan agar acara seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Jeng3.....
Jeng3.....
Comments
Post a Comment