Sekitar Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki 2018

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Pada entri kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis semasa Minggu Keusahawanan Kolej Aminddin Baki. Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan Kolej Aminuddin Baki yang wajib pada setiap tahun ialah Minggu Keusahawanan Kolej Aminddin Baki. Acara ini anjurkan oleh Kelab Usahawan KAB (dikenali sebagai BMart) dan Biro Pembangunan Keusahawanan (EDB).


Poster Gerai Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik

Dalam aktiviti ini, kesemua biro dibawah kendalian Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki akan mengadakan jualan bagi mengumpul dana bagi kegunaan aktiviti biro bagi sesi 2018/2019. Antara biro yang terlibat ialah Biro Akademik, Biro Keselamatan, Biro Kebajikan dan tidak lupa biro penulis sendiri iaitu Biro Kerohanian dan Pembangunan Sivik. Selain itu, terdapat juga pemilik gerai dari luar UKM yang menyewa tapak disini bagi meluaskan lagi perniagaan mereka.

Acara ini berlangsung selama empat hari bermula pada 5 November hingga 9 November 2018. Pada pendapat penulis, ia merupaka sebuah acara yang menarik. Ini kerana ia mengasah bakat keusahawanan yang ada dalam kalangan siswa dan siswi yang menetap di Kolej Aminuddin Baki. Selain itu, dari sini juga kita dapat melihat kemahiran istimewa yang ada seperti kemahiran memasak, pemasaran yang agresif dan paling penting ialah kreativiti dan inovasi yang diterapkan dalam perniagaan yang dijalankan.

Bagi yang pelajar tahun 2 dan ke atas, ia merupakan platform bagi mencari semula makanan yang hanya muncul setahun sekali. Manakan tidaknya, hanya pada Minggu Keusahawanan sahaja mereka boleh menjumpai juadah berinovasi yang dijual oleh biro-biro yang terdapat di Kolej Aminuddin Baki.

Tarikan



Sosej Telur Abam Paskal

Sudah tentu, terdapat pelbagai menu menarik yang dijual di sepanjang inggu ini. Antaranya ialah Sosej Telur Abam Paskal, Pizza Rohani, Love Letter dan Air JPJ. Dengar nama sahaja sudah pelik, sudah tentu ianya menarik.


 
Aktiviti yang diadakan oleh Biro EDB


Selain itu, Biro Pembangunan Keusahawanan (EDB) turut mengadakan beberapa permainan yang menarik seperti Roda Impian, Money Drop, Cabutan Bertuah dan Balingan Dart. Ini juga merupakan strategi EDB bagi memperoleh keuntungan disepanjang Minggu Keusahawanan.

Kesimpulan
Akhir kata, penulis berasa sangat gembira sepanjang acara ini dijalankan kerana acara ini telah mewujudkan platform bagi siswa dan siswi bagi mengasah bakat keusahawanan mereka. Siapa sangka mungkin peniaga digerai minggu keusahawanan ini bakal menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada suatu hari nanti.



Jeng3.....


Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM