Inspirasi Laksamana Yi: Pencetus Keajaiban Sungai Han

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Hari ini kita melihat Korea Selatan sebagai sebuah negara Asia yang gah dimata dunia. Manakan tidaknya, Korea merupakan salah satu daripada Empat Naga Asia (gelaran diberikan kepada negara Asia yang telah mencapai status negara maju; Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura) yang disegani oleh kebanyakkan negara-negara Asia yang sedang membangun.

Namun tahukah anda... Bahawa sesungguhnya kemegahan Korea yang kita lihat pada hari ini tidak lain hanyalah abu peperangan pada 60 tahun yang lalu. Tidak dinafikan bahawa bangsa Korea tidak banyak memenangi siri peperangan yang mereka sertai. Namun itu, bukanlah pengakhiran bagi memadamkan api semangat orang Korea yang sememangnya terkenal dengan semanagat juang yang tinggi.


Related image
Laksamana Yi Sun-Shin dalam aplikasi permainan Mobile Legends

Hal ini kerana mereka berpegang kuat kepada semangat juang yang ditunjukkan oleh Laksamana Yi Sun-Shin (1545-1548). Bagi peminat aplikasi permainan Mobile Legends, mereka mungkin mengenali Yi Sun-Shin sebagai salah satu karakter dalam permainan tersebut. Namunbagi rakyat Korea, beliau merupakan sumber inspirasi pembakar semangat mereka.

Laksamana Yi Sun-Shin
Laksamana Yi merupakan panglima angkatan laut Joseon (Kerajaan terdahulu Republik Korea Selatan) yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Raja Seonjo. Kekalahan dalam Pertempuran Chilchonryang telah menyebabkan armada laut Korea kehilangan 134 buah kapal perang. Hanya 12 buah sahaja berjaya diselamatkan. Hal ini diburukkan lagi dengan kematian pemimpin armada tersebut yang dibunuh oleh tentera Jepun ketika cuba berundur ke kubu berhampiran.

Menyedari hal ini, Raja Seonjo melantik semula Laksamana Yi (selepas difitnah lalu dilucutkan jawatannya) bagi memimpin armada laut kecil yang masih terselamat itu. Raja Seonjo mengutus surat agar armada pimpinan Laksamana Yi menyertai pasukan tentera darat dibawah pimpinan Jeneral Kwon Yul kerana bilangan 12 buah kapal dengan kekuatan 200 orang tentera laut yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan armada laut Jepun. Namun Laksamana Yi menolak kerana mempunyai rancangan lain untuk mematahkan kemaraan armada laut Jepun.

Pertempuran Myeongnyang



Image result for myeongnyang battle
Gambaran pelukis: Pertempuran Myeongnyang diantara pihak Jepun (Kiri) vs Joseon (Kanan)

Setelah seminggu berpengkalan di selat Myeongnyang dan mengkaji pergerakan angin disitu. Laksamana membuat umpanan dengan keluar menyerang armada tentera Jepun. Kebanyakkan tentera yang masih trauma dengan kekalahan di Chilchonryang pada mulanya bersembunyi di celahan pulau disitu.

Namun begitu, setelah melihat kapal umpanan pimpinan Laksamana Yi dibedil tentera laut Jepun armada kecil Joseon keluar dan menyerang kembali armada laut Jepun. Ternyata muslihat Laksamana Yi berjaya apabila aliran selat itu tiba-tiba bertukar arus akibat berubahan angin menyebabkan kapal perang Jepun berubah arah dan berlanggar antara satu sama lain.

Pada masa ini, Laksamana Yi mengarahkan supaya armada laut Joseon membedil peluru meriam sebanyak mungkin ke arah kapal perang Jepun. Akhirnya tentera laut Jepun berundur setelah kehilangan 30 buah kapal dan kehilangan 18 000 tenteranya. Hal ini sekaligus menggagalkan percubaan penaklukan Jepun ke atas Korea.

Konteks Moden


Image result for yi sun shin statue
Tugu Yi Sun-Shin ditengah-tengah kota Seoul

Atas semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh Laksamana Yi, pada tahun 1968, Presiden Park Chung-hee mendirikan Tugu Laksamana Yi di Gwanghwamun yang terletak di tengah-tengah kota Seoul. Ia merupakan sumber inspirasi kepada rakyat Korea apabila mereka berasa putus mereka akan mengingati semula perjuangan Laksamana Yi yang mengalahkan armada besar Jepun dengan hanya 12 buah kapal.

Semangat juang itu jugalah yang memacu Korea sehingga menjadi salah satu kuasa ekonomi yang kuat di Asia pada hari ini. Pembangunan dalam masa kurang 50 tahun yang berlaku di Korea disifatkan sebagai Keajaiban Sungai Han (Sungai Han merupakan sungai utama di Seoul). Hari ini dengan berpegang kepada slogan yang dilaungkan oleh Laksamana Yi, kita mengenali Korea dengan Samsung, LG, Hyundai dan K-POP. Slogan yang sering dilaungkan tersebut ialah;


"if you fight like you’re going to live, you will die;
if you fight like you’re going to die, you will live"
                                                           -Yi Sun Shin-


Jeng3....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM