Arjuna Betta: Betta Imbellis
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Kebelakangan ini, mula wujud segelintir
peminat ikan pelaga yang mula berubah arah daripada memelihara ikan pelaga
konvensional (merujuk kepada Betta Splendens yang dijual di kedai akuarium)
kepada ikan pelaga liar. Hal ini menarik minat penulis kerana bagi penulis. Ini
kerana, dalam keghairahan proses kacukkan yang menghasilkan baka baru, baka
asli tidak juga harus dilupakan.
Menyebut tentang ikan pelaga liar,
terdapat satu spesies yang agak menonjol daripada betta sp. yang lain. Ikan
pelaga yang dimaksudkan ialah Betta Imbellis. Jika dibandingkan dengan betta
sp. liar yang lain, Betta Imbellis mempunyai warna yang lebih terang dan bentuk
ekor seperti kipas (mirip varieti plakat).
Betta Imbellis
Ciri-ciri
Ciri Betta Imbellis yang paling dikenali ialah bentuk ekornya seperti kipas. Warna asas ikan ini kebanyakkannya sama ada biru atau biru kehijauan. Warna merah terdapat pada hujung ekor, kedua-dua belah sirip dada (dengan sedikit warna putih dihujungnya) dan hujung sirip pektoral (sirip bawah). Ciri-ciri ini membezakannya daripada Betta sp. yang lain. (Sila rujuk gambar di atas untuk lebih jelas) Jika ada penjual yang menjual Betta Imbellis tanpa ciri-ciri ini, maka ketahuilah ia mungkin Betta Imbellis hibrid bukannya baka asli atau ia merupakan betta splendens dengan varieti ekor plakat.Habitat
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman mencari ikan pelaga. Ikan ini mudah dijumpai di kawasan paya air tawar, parit air tenang di ladang kelapa sawit dan sawah padi di Malaysia. Menurut petua orang-orang kampung, cara untuk mencari ikan ini ialah dengan memerhatikan buih yang terdapat dikawasan parit. Seperti juga ikan pelaga yang lain, Betta Imbelis membina sarang (buih) untuk tujuan pembiakkan. Ikan ini mampu hidup di tempat yang kurang oksigen seperti itu kerana kehadiran organ khas yang dikenali sebagai labirin (insang berlapis) yang membolehkannya mengumpul oksigen dengan cekap.
Betta Imbelis warna hijau kebiruan
Pada pandangan penulis, Betta Imbellis sememangnya mempunyai potensi yang besar dalam industri akuarium ikan hiasan. Hal ini kerana ia mudah dijaga, tidak cerewet makanan dan paling penting keasliannya membuatkan segelintir peminat ikan hiasan sanggup membayar puluhan malahan ratusan ringgit untuk mendapatkan ikan ini.
Jeng3.....
Comments
Post a Comment