Posts

Showing posts from October, 2018

Labu Berhantu?

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Tanggal 31 Oktober sudah semakin tiba. Ia merupakan tarikh yang sinonim bagi penganut Kristian dengan perayaan yang dikenali sebagai Hari Halloween. Satu daripada elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan perayaan ini selain daripada kostum hantu dan pemberian gula-gula ialah budaya " Jack-O-Lantern " .  " Jack-O-Lantern " atau " Jack of the Lantern " merupakan hiasan yang dibuat menggunakan labu diukir dengan wajah dan diletakkan lilin di dalamnya ( Lantern bermaksud tanglung). Sebenarnya ada sebab mengapa ia dinamakan "Jack" dan labu bukanlah bahan asal untuk membuat perhiasan ini.  Pada zaman dahulu.... Mengikut kepercayaan orang Celtic (penduduk asal Ireland dan Scotland), ada seorang lalaki tua yang bernama Stingy Jack yang suka mengenakan keluarga dan rakan-rakannya. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Stingy Jack mempermainkan seekor syaitan dengan mecabar syaitan tersebut unt...

Jelajah Uptown Jalan Reko

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kehidupan di UKM pada hari minggu boleh jadi sesuatu yang membosankan 😥😥..... Kalau nak keluar ke pusat membeli-belah adakalanya berfikir 2-3 kali sebab.... duit makin kering woo . Tetapi ada satu alternatif yang lebih murah dan dekat yang boleh menggantikan kompleks beli-belah. Jawapannya ialah Uptown Jalan Reko, Kajang . Uptown Jalan Reko, Kajang Uptown Jalan Reko merupakan bazaar malam ( bukan pasar malam ) yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan dari makanan, baju, kasut dan beg pada harga yang murah dan berpatutan. Lokasinya sangat strategik kerana terletak diantara Pusat Bandar Kajang dengan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Selain itu, Stesen Bas Ekspres Reko Sentral juga terletak beberapa kilometer dari sini dan kita juga boleh mendapatkan barangan keperluan harian di pasar raya Econsave yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari sini. Pada bulan Ramadhan kawasan ini dikenali sebagai Bazaar Ramadh...

Sekitar Malam Akhir Debat Piala Naib Canselor

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Final Pertandingan Debat Naib Canselor 2018. Sudah lama rasanya, penulis tidak menulis entri bukan ilmiah di XwireD . Pengalaman kali ini adalah mengenai malam Pertandingan Debat Naib Canselor:Final yang berlangsung pada 21 Oktober 2018. Sebagai warga Kolej Aminuddin Baki, aku sememngnya rasa berkeperluan untuk menonton pertandingan ini. Ini kerana Pasukan Debat KAB A merupakan salah satu daripada dua finalis yang bertanding. Pihak lawan bagi Kolej Aminddun Baki ialah Kolej Tun Syed Nasir (KTSN B) dari Kampus UKM Cheras. Berbeza daripada tahun-tahun lepas dimana final diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), final kali ini diadakan di Persada Canselori. Namun begitu, kemeriahannya tetap terasa. Memperkenalkan Pasukan Debat KAB A.... Pasukan Debat KAB A Dalam pertandingan ini, Pasukan KAB A merupakan pembangkang manakala Pasukan KTSN B merupakan pihak kerajaan. Usul perdebatan kali ini ialah 100 Universiti Te...

Hiasi Rumah Anda Dengan Tumbuhan Hiasan

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Tumbuhan Hiasan TUMBUHAN HIASAN merujuk kepada tumbuhan yang ditanam bagi tujuan perhiasan taman-taman,projek landskap dan pameran spesimen. Aktiviti menanam tumbuhan hiasan ini dikenali sebagai florikultur iaitu salah satu daripada cabang hortikultur. Menanam tumbuhan hiasan ini sebenarnya sangat mudah kerana jika kita bijak memanfaatkan sumber yang ada disekeliling, anda mampu menanam tumbuhan hiasan dengan kos yang sangat minima. Menggunakan barang kitar semula, kita sebenarnya mampu menanam tumbuhan hiasan di dalam rumah kita sendiri.  Kaktus Kaktus Dalam Balang Kaca Kaktus merupakan tanaman hiasan yang paling mudah dijaga di dalam rumah. Ini kerana kaktus tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi seperti tumbuh-tumbuhan hiasan yang lain. Dalam habitat semula jadi, kaktus mampu hidup dalam cuaca panas melampau tanpa mendapat air selama berbulan-bulan. Malahan, bagi penanaman kaktus dalam rumah, ahli botani...

Penjelasan: Krabi-Krabong

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Amaran: Entri ini bukannya mengenai destinasi peranginan yang popular di Thailand iaitu Krabi. 🌞🌊🌆 Jika entri sebelum ini menceritakan mengenai kehebatan Phraya Phichai bertempur di medan perang, entri kali ini pula menceritakan perihal seni mempertahankan diri yang digunakan oleh Phraya Phichai sendiri. Ianya dikenali sebagai Krabi-Krabong ( Krabi : pedang dan Krabong : tongkat). Krabi-Krabong Krabi-Krabong merupakan seni mempertahankan diri dari Thailand yang menggunakan senjata mirip seperti seni mempertahankan diri yang lain di Asia Tenggala seperti Silat Tempur (Alam Melayu), Banshay (Myanmar) dan Kbach Kun Boran (Kemboja). Namun begitu, apa yang menjadikan ianya berbeza daripada yang seni mempertahankan diri yang lain, petarung Krabi-Krabong menggunakan dua senjata di tangan kiri dan kanan mereka ketika berlawan. Antara senjata yang digunakan dalam Krabi-Krabong ialah: 1. Krabi : Pedang melengkung 2. Daap : Pe...

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Umum mengetahui bahawa Rukun Negara yang kedua ialah "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Ia mempunyai dua pengisian sebenarnya. Pertama, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah taat kepada Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada institusi beraja di negara ini. Kedua, sanggup berkorban demi negara.walau apa yang terjadi (sebab itulah warganegara Malaysia tidak dibenarkan memiliki dua atau lebih kewarganegaraan luar). Atas maksud itu, penulis mahu menceritakan kisah yang menepati kedua-dua pengisian tersebut dalam entri kali ini. Entri kali ini berkisar mengenai Phraya Phichai, seorang panglima tentera sewaktu Thailand masih dikenali sebagai Siam dimana beliau melalui perubahan dinasti yang memerintah Siam.  Pengenalan Phraya Phichai lebih dikenali dengan nama jolokannya iaitu Phraya Phichai Daap Hak (Phraya Phichai Si Pemedang Patah). Nama tersebut datang daripada sifat beliau yang terus akan berlawan meskipun kedua-dua ...

Samsung DeX: Telefon Pintar Bertukar PC

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Gaya hidup pada masa kini membuatkan manusia perlu menggunakan peranti elektronik walau dimanapun mereka berada sekalipun. Oleh itu, telefon pintar merupakan peranti yang mesti dimiliki oleh semua orang pada masa kini. Namun begitu, telefon pintar tidak sepenuhnya mampu beroperasi seperti komputer. Oleh itu, sesetengah pengguna berasa terbeban kerana perlu membawa komputer riba yang bersaiz agak besar dan berat.  Samsung DeX yang siap dipasang Sebagai penyelesaian bagi masalah ini, Samsung telah memperkenalkan Samsung DeX. Samsung DeX diperkenalkan sebagai aksesori bagi Samsung Galaxy S8 dan S8+ pada tahun 2017. Mekanisme kerja Samsung DeX secara ringkasnya membolehkan telefon pintar yang disambungkan ke monitor, papan kekunci dan tetikus di akses dalam antara muka seperti komputer. Samsung DeX membolehkan "Multitasking" yang tidak boleh dilakukan pada telefon pintar Sambungan telefon pintar boleh dibuat...

Arjuna Betta: Betta Spendens Bahagian II

Image
Assalamualaikum & salam siswa/i, Seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini, Betta Splendens mempunyai varieti yang pelbagai. Entri kali ini akan menceritakan perbezaan varieti corak warna dan ekor Betta Splendens . Hasil pembiakkan secara terpilih dan rambang telah menghasilkan pelbagai varieti ikan ini. Ini telah mewujudkan pelbagai variasi dari segi bentuk ekor (termasuk sirip), warna dan corak. Hal ini sangat berbeza daripada varieti liar ikan ini yang dikenali sebagai plakat yang berwarna agak gelap dan kusam berbanding varieti kacukkan. Berikut merupakan varieti ekor Betta Splendens yang popular; 1. Plakat Plakat merupakan bentuk ekor tradisional bagi Betta Splendens. Ia merupakan bentuk ekor bagi Betta Splendens liar. Jika anda baru mengenali ikan pelaga, anda mungkin anda kan menyangka ia merupakan ikan betina kerana ekornya yang pendek tidak seperti ikan pelaga yang biasa ditemui di kedai akuarium yang mempunyai ekor berjurai-jurai. 2. Halfmo...

Hamba Keliling Dunia, Tuan Mendapat Nama

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, \ Gambaran pelukis: Panglima Awang Hitam Bangsa Melayu di Nusantara sangat terkenal oleh pedagang-pedagang dirantau ini sebagai pelaut yang gagah. Mana tidaknya, kemampuan bangsa Melayu menguasai ilmu kelautan membolehkan mereka membina empayar maritim yang besar pengaruhnya terhadap perdagangan pada ketika itu. Dalam kesempatan inilah seorang penjelajah Portugis, Ferdinand Megellan yang berkhidmat dibawah kerajaan Sepanyol mencatat nama sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia . Walau bagaimanapun, terdapat keraguan dalam pernyataan berikut kerana bagaimana orang pertama yang mengeliling dunia, namanya tidak tercatat dalam senarai pelayar yang pulang ke Eropah. Jawapannya, sebenarnya hanya kapal beliau yang pulang ke pelabuhan Lisbon, tetapi beliau telah terbunuh didalam sebuah pertempuran di Kepulauan Cebu, Filipina. Semasa, kejatuhan Melaka 1511, ramai pemuda-pemuda Melayu dijadikan harta rampasan perang oleh pihak Port...