Hiasi Rumah Anda Dengan Tumbuhan Hiasan
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Tumbuhan Hiasan
TUMBUHAN HIASAN merujuk kepada tumbuhan yang ditanam bagi tujuan perhiasan taman-taman,projek landskap dan pameran spesimen. Aktiviti menanam tumbuhan hiasan ini dikenali sebagai florikultur iaitu salah satu daripada cabang hortikultur.
Menanam tumbuhan hiasan ini sebenarnya sangat mudah kerana jika kita bijak memanfaatkan sumber yang ada disekeliling, anda mampu menanam tumbuhan hiasan dengan kos yang sangat minima. Menggunakan barang kitar semula, kita sebenarnya mampu menanam tumbuhan hiasan di dalam rumah kita sendiri.
Kaktus
Kaktus Dalam Balang Kaca
Kaktus merupakan tanaman hiasan yang paling mudah dijaga di dalam rumah. Ini kerana kaktus tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi seperti tumbuh-tumbuhan hiasan yang lain. Dalam habitat semula jadi, kaktus mampu hidup dalam cuaca panas melampau tanpa mendapat air selama berbulan-bulan. Malahan, bagi penanaman kaktus dalam rumah, ahli botani mencadangkan bahawa kaktus hanya perlu diberi air dalam bentuk spray berbanding siraman sebanyak 5 hari sekali sahaja.
Bagi penjagaan kaktus dalam rumah, kaktus boleh ditanam didalam balang kaca dan menggunakan medium yang pelbagai seperti tanah hitam, batu-batu kerikil kecil dan pasir yang berwarna-warni. Penggunaan medium yang pelbagai mampu menjadi daya penarik terhadap kaktus itu sendiri. Meskipun, rupa bentuk kaktus yang dipenuhi duri-duri tajam yang agak tidak menarik bagi sesetengah orang, penggunaan medium yang pelbagai mampu meningkatkan nilai estetika tumbuhan tersebut.
Bawang
Sebelum Selepas
Meskipun membeli bawang dipasar untuk memasak dilihat lebih mudah, anda sepatutnya berfikir dua kali. Bawang sebenarnya mempu menjadi tanaman hiasan disamping mampu menjimatkan perbelanjaan anda. Ini kerana, selain menjadi tanaman hiasan, ia juga boleh terus diambil bagi tujuan masakan. Oleh itu, anda tidak perlu menulis bawang sebagai senarai barang dapur lagi selepas ini.
Bagi penggunaan bekas pula, pokok bawang boleh ditanam di atas kotak telur. Lebih memudahkan kerja anda, pokok bawang tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan boleh hidup dikawasan resdup seperti di bahagian dapur yang kurang pencahayaan matahari. Bagi pengairan pula, memandangkan sifat kotak telur yang menyerap air, air akan mudah merebak ke seluruh kotak telur sekiranya disiram. Oleh itu, siram sekadar mencukupi sahaja.
Kesimpulannya
Oleh itu, menanam tumbuhan hiasan di dalam rumah tidaklah sesusah mana. Selain mencantikkan ruang dalam rumah, ia juga mampu menjimatkan perbelanjaan harian anda. Maka, manfaatkan ruangan dalam rumah secara kreatif dengan menanam tumbuhan hiasan menggunakan barangan kitar semula.
Jeng3.....
Jeng3.....
Comments
Post a Comment