Labu Berhantu?
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Tanggal 31 Oktober sudah semakin tiba. Ia merupakan tarikh yang sinonim bagi penganut Kristian dengan perayaan yang dikenali sebagai Hari Halloween. Satu daripada elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan perayaan ini selain daripada kostum hantu dan pemberian gula-gula ialah budaya "Jack-O-Lantern".
"Jack-O-Lantern" atau "Jack of the Lantern" merupakan hiasan yang dibuat menggunakan labu diukir dengan wajah dan diletakkan lilin di dalamnya (Lantern bermaksud tanglung). Sebenarnya ada sebab mengapa ia dinamakan "Jack" dan labu bukanlah bahan asal untuk membuat perhiasan ini.
Pada zaman dahulu....
Mengikut kepercayaan orang Celtic (penduduk asal Ireland dan Scotland), ada seorang lalaki tua yang bernama Stingy Jack yang suka mengenakan keluarga dan rakan-rakannya. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Stingy Jack mempermainkan seekor syaitan dengan mecabar syaitan tersebut untuk memanjat sebatang pohon epal. Sesampai sahaja di atas pokok itu, Jack dengan pantas mengukir salib pada dahan pokok itu. Hal ini menyebabkan syaitan tersebut tidak dapat turun (takut terbakar agaknya).
Oleh itu, Jack membuat perjanjian dengan syaitan itu supaya tidak mengganggu Jacak selama 10 tahun dan tidan mengambil jiwanya apabila mati. Kerana terpaksa, syaitan tersebut pun setuju dan Jack memadan ukiran salib di pohon itu. Setelelah beberapa ketika, Jack akhirnya meninggal dunia dan rohnya di angkat ke syurga. Dipintu syurga, St. Peter menghalang Jack daripada masuk kerana menurutnya, Jack bukanlah seorang yang baik kerana suka mempermainkan manusia sewaktu hidup.
Maka di dihalau ke neraka dan berjumpa dengan syaitan yang pernah dikenakannya. Oleh kerana syaitan tersebut pernah berjanji tidak akan mengambil jiwanya setelah mati, maka syaitan tersebut menghantar Jack kembali turun ke bumi. Makanan kegemaran Jack ialah turnip (sejenis lobak), dan dia sering membawanya pergi kemana-mana sehingga rohnya turut membawanya ketika mati.
Berbekalkan api yang diberikan oleh syaitan tersebut, Jack meletakkannya didalam turnip tersebut berfungsi sebagai pelita atau tanglung yang menunjukkanya arah pulang ke bumi. Sehingga kini, dikatakan roh Jack masih berjalan-jalan di atas bumi sambil membawa pelita turnipnya. Oleh itu, orang Celtic selalu mengukir turnip dengan bentuk mengerikan dan meletakkan lilin terbakar didalamnya supaya tidak diganggu oleh Jack.
Pelbagai ukiran "Jack-O-Lantern"
Dari turnip ke labu,
Apabila orang Irish dan Scotland berhijrah ke Amerika Syarikat, mereka sering diberi makan dengan labu oleh orang asli disana (penduduk asli Amerika dikenali sebagai Red Indian). Mereka mendapati bahawa labu lebih mudah diukir berbanding turnip. Lama-kelamaan, mereka bertukar dari turnip kepada labu. Orang Irish dan Scotland maih meneruskan budaya ini sehingga hari ini menjelang 31 Oktober setiap tahun. Adakah Jack masih menganggu anda???
Jeng3.....
Comments
Post a Comment