Penjelasan: Krabi-Krabong

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Amaran: Entri ini bukannya mengenai destinasi peranginan yang popular di Thailand iaitu Krabi. 🌞🌊🌆

Jika entri sebelum ini menceritakan mengenai kehebatan Phraya Phichai bertempur di medan perang, entri kali ini pula menceritakan perihal seni mempertahankan diri yang digunakan oleh Phraya Phichai sendiri. Ianya dikenali sebagai Krabi-Krabong (Krabi: pedang dan Krabong: tongkat).

Image result for krabi krabong
Krabi-Krabong

Krabi-Krabong merupakan seni mempertahankan diri dari Thailand yang menggunakan senjata mirip seperti seni mempertahankan diri yang lain di Asia Tenggala seperti Silat Tempur (Alam Melayu), Banshay (Myanmar) dan Kbach Kun Boran (Kemboja). Namun begitu, apa yang menjadikan ianya berbeza daripada yang seni mempertahankan diri yang lain, petarung Krabi-Krabong menggunakan dua senjata di tangan kiri dan kanan mereka ketika berlawan.

Antara senjata yang digunakan dalam Krabi-Krabong ialah:

1. Krabi: Pedang melengkung
2. Daap: Pedang lurus
3. Krabong: Tongkat / batang kayu
4. Mai sok san: Belantan yang dipakai di lengan


Perlawanan Krabi-Krabong mengunakan Krabong (kanan) dan Mai Sok San (kiri)

Sejarah mencatatkan bahawa asal usul Krabi-Krabong dikatakan berasal daripada seni mempertahankan diri kuno Siam iaitu Muay Boran (versi moden dikenali sebagai Muay Thai). Oleh kerana peperangan yang sering berlaku terutamanya antara kerajaan Siam dengan Burma, rakyat Siam mula menggabungkan seni mempertahankan diri, seni bermain pedang, tarian dan seni menggunakan belantan.

Bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat tradisional Siam telah menggunakan pelbagai jenis senjata untuk memperthankan diri seperti keris, tombak, pedang dan serampang tiga mata. Ada juga yang berpendapat bahawa kedatanagn pedagang dan pendatang dari China dan India sedikit sebanyak mempengaruhi seni mempertahankan diri ini kerana penggunaan krabong menyerupai seni mempertahankan diri India iaitu Silambam.

Selain itu, di Thailand Krabi-Krabong kebiasaanya diajarkan oleh sami Buddha di Wat (rumah ibadat) tempatan. Miasalnya, Wat Buddhaisawan di Wilayah Ayutthaya (jangan tersilap dengan kerajaan Ayutthaya), merupakan tempat dimana sami-sami Buddha mengajarkan seni bermain pedang kepada anak murid mereka.

Antara pengamal Krabi-Krabong yang terkenal selain Phraya Phichai sendiri termasuklah Raja Naresuan (Raja Kerajaan Ayutthaya: 1590-1605),  Raja Thaksin (satu-satunya Raja Siam dibawah Dinasti Thonburi), Chao Phraya Chakri (Pengasas Dinasti Chaki yang memerintah Thailand sehingga hari ini).


Jeng3.....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM