Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Umum mengetahui bahawa Rukun Negara yang kedua ialah "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara". Ia mempunyai dua pengisian sebenarnya. Pertama, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah taat kepada Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada institusi beraja di negara ini. Kedua, sanggup berkorban demi negara.walau apa yang terjadi (sebab itulah warganegara Malaysia tidak dibenarkan memiliki dua atau lebih kewarganegaraan luar).

Atas maksud itu, penulis mahu menceritakan kisah yang menepati kedua-dua pengisian tersebut dalam entri kali ini. Entri kali ini berkisar mengenai Phraya Phichai, seorang panglima tentera sewaktu Thailand masih dikenali sebagai Siam dimana beliau melalui perubahan dinasti yang memerintah Siam. 


Pengenalan
Phraya Phichai lebih dikenali dengan nama jolokannya iaitu Phraya Phichai Daap Hak (Phraya Phichai Si Pemedang Patah). Nama tersebut datang daripada sifat beliau yang terus akan berlawan meskipun kedua-dua pedangnya patah. Phraya Phichai bersama-sesama Chao Phraya Chakri (yang kemudiannya menjadi Raja pertama dibawah Dinasti Chakri) dianggap sebagai tangan kiri dan kanan bagi Raja Thaksin (satu-satunya Raja Dinasti Thonburi). 

Pada suatu hari, Raja Thaksin telah mengadakan pertandingan tinju di Bandar Tak, berhampiran  tempat tinggal Phraya Phichai tinggal. Beliau sendiri dengan beraninya meminta pengadil mengaturkan sebuah perlawanan untuknya. Walaupun pengadil enggan pada mulanya (kerana susuk tubuh Phraya Phichai yang kecil dan kelihatan kurang berpengalaman) namun akhirnya pengadil membenarkan juga. Nai Hao, peninju terhebat di bandar ini tampil ke gelanggang untuk mencabar beliau. Tidak disangka-sangka, Nai Hao yang handal tumbang ditangan seorang budak mentah. Raja Thaksin yang melihat perlawanan itu menawarkan Phraya Phichai untuk menjadi pengawal peribadinya. 


Si Pemedang Patah
Semasa berlawan, beliau menggabungkan teknik tinju yang dipelajarinya dan menggunakan dua bilah  pedang ditangan kanan dan kiri semasa berlawan. Misalnya, selepas kejatuhan Kerajaan Ayutthaya yang memerintah Siam, Raja Thaksin, Phraya Phichai dan Chao Phraya Chakri bersama 500 orang tentera sahaja berjaya mengalahkan Burma yang merupakan musuh tradisi Siam semasa diperintah oleh Dinasti Ayutthaya.

Hal ini dikatakan berpunca daripada kehebatan Raja Thaksin di medan perang serta kemahiran bertarung yang ada pada Phraya Phichai. Berpuluh-puluh tentera Burma mati di mata pedang Phraya Phichai dek kerana kehebatan skil yang ada pada Phraya Phichai. Akhirnya, Siam berjaya dibangunkan semula dan disatukan dibawah pemerintahan Raja Thaksin.


Erti Kesetiaan
Diakhir pemerintahan Raja Thaksin, diceritakan bahawa Raja Chakri menjadi taksub terhadap dirinya sehingga mengancam sami-sami Buddha supaya menyembah baginda. Ini kerana kejayaan baginda membangunkan semula Siam membuatkan baginda berasa dinya seperti jelmaan Buddha. Beliau juga menghukum gundik-gundiknya yang tidak bersalah sesuka hati. 

Akhirnya, Chao Phraya Chakri melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Raja Thaksin dan hal ini dipersetujui oleh tentera dan golongan bangsawan. Akhirnya Raja Thaksin mangkat dihukum bunuh atas pertuduhan berlaku zalim dan Chao Phraya Chakri menabalkan dirinya sebagai Raja Siam yang baharu dengan memakai gelaran Raja Rama I. Sebagai seorang yang rapat dengan Raja Thaksin, Phraya Phichai berasa sedih dengan pemberontakan tersebut. Meskipun Raja Thaksin sudah tidak waras, namun jasanya membangunkan semula Siam tidak harus dilupakan.

Raja Rama I yang merupakan rakan sepejuangan Phraya Phichai di medan perang menawarkan beliau supaya menjadi pengawal peribadinya. Namun, Phraya Phichai menolak kerana terlalu sedih dengan kematian Raja Thaksin yang disayanginya. Bagi beliau, kesetiaan beliau hanya dimiliki oleh seorang raja sahaja. Beliau dengan suka relanya mengarahkan agar dihukum bunuh oleh penghukum yang sama yang menghukum Raja Thaksin. Namun dihukum bunuh, beliau sempat berwasiat supaya Raja Rama I membesarkan anaknya agar anaknya dapat berkhidmat untuk raja dan negara yang baru pada suatu hari nanti.

Tugu Phraya Phichai

Tugu beliau telah dibina di hadapan bangunan Parlimen Wilayah Uttaradit, Thailand sebagai peringatan bahawa keazaman kuat yang patut ada pada setiap generasi adalah kesetiaan kepada raja dan negara Thai. Bagi kita rakyat Malaysia pula, kita harus mencontohi Phraya Phichai yang menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada raja dan negara kita.


Jeng3.....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM