Sekitar Malam Akhir Debat Piala Naib Canselor
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Final Pertandingan Debat Naib Canselor 2018.
Sudah lama rasanya, penulis tidak menulis entri bukan ilmiah di XwireD. Pengalaman kali ini adalah mengenai malam Pertandingan Debat Naib Canselor:Final yang berlangsung pada 21 Oktober 2018. Sebagai warga Kolej Aminuddin Baki, aku sememngnya rasa berkeperluan untuk menonton pertandingan ini. Ini kerana Pasukan Debat KAB A merupakan salah satu daripada dua finalis yang bertanding. Pihak lawan bagi Kolej Aminddun Baki ialah Kolej Tun Syed Nasir (KTSN B) dari Kampus UKM Cheras.
Berbeza daripada tahun-tahun lepas dimana final diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), final kali ini diadakan di Persada Canselori. Namun begitu, kemeriahannya tetap terasa.
Memperkenalkan Pasukan Debat KAB A....
Memperkenalkan Pasukan Debat KAB A....
Dalam pertandingan ini, Pasukan KAB A merupakan pembangkang manakala Pasukan KTSN B merupakan pihak kerajaan. Usul perdebatan kali ini ialah 100 Universiti Terbaik Dunia: Universiti Awam Perlu Diberikan Status Autonomi. Dalam pertandingan ini, setiap pasukan diberi 7 minit untuk mengemukakan hujah masing-masing. Terdapat empat sesi dalam pertandingan ini iaitu;
1. Pencadang Pertama (Ketua Kerajaan) vs Pembangkang Pertama (Ketua Pembangkang)
2. Pencadang Kedua (Anggota Kerajaan 1) vs Pembangkang Kedua (Anggota Pembangkang 1)
3. Pencadang Ketiga (Anggota Kerajaan 2) vs Pembangkang Ketiga (Anggota Pembangkang 2)
4. Ucapan Penggulungan Pembangkang vs Ucapan Penggulungan Kerajaan
Pertandingan ini dihangatkan dengan hujah yang bertalu-talu daripada pihak pembangkang iaitu Pasukan KAB A membuatkan pihak kerajaan kekeringan hujah sehingga adakalanya, soalan daripada pihak pembangkang dijawab dengan hujahan yang tidak releven. Sehingga ucapan penggulungan sekalipun, pembangkang masih menguasai pertandingan dengan penggulungan yang mantap dan penuh pengisian.
Setelah sesi perdebatan berakhir, penonton disajikan dengan persembahan nyanyian dan silap mata bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat penilaian. Kemudian diikuti oleh ucapan perasmian daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UKM, Prof. Madya Dr. Roslee Ranjikan.
Seperti yang dijangka, Pasukan KAB A dinobatkan pemenang selepas Speaker Dewan mengumumkan usul yang dibawa oleh kerajaan telah ditolak. Pemenang pertandingan ini memenangi trofi, sijil pencapaian dan wang tunai berjumlah RM500. Ia merupakan satu kebanggaan aku sebagai warga Kolej Aminuddin Baki menjadi saksi kehebatan warga kolej ini yang sememangnya hebat-hebat belaka.
Jeng3.....
1. Pencadang Pertama (Ketua Kerajaan) vs Pembangkang Pertama (Ketua Pembangkang)
2. Pencadang Kedua (Anggota Kerajaan 1) vs Pembangkang Kedua (Anggota Pembangkang 1)
3. Pencadang Ketiga (Anggota Kerajaan 2) vs Pembangkang Ketiga (Anggota Pembangkang 2)
4. Ucapan Penggulungan Pembangkang vs Ucapan Penggulungan Kerajaan
Pertandingan ini dihangatkan dengan hujah yang bertalu-talu daripada pihak pembangkang iaitu Pasukan KAB A membuatkan pihak kerajaan kekeringan hujah sehingga adakalanya, soalan daripada pihak pembangkang dijawab dengan hujahan yang tidak releven. Sehingga ucapan penggulungan sekalipun, pembangkang masih menguasai pertandingan dengan penggulungan yang mantap dan penuh pengisian.
Setelah sesi perdebatan berakhir, penonton disajikan dengan persembahan nyanyian dan silap mata bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat penilaian. Kemudian diikuti oleh ucapan perasmian daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UKM, Prof. Madya Dr. Roslee Ranjikan.
KAB Luar Biasa!!!
Jeng3.....
Comments
Post a Comment