Hamba Keliling Dunia, Tuan Mendapat Nama
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Jeng3....
\
Gambaran pelukis: Panglima Awang Hitam
Bangsa Melayu di Nusantara sangat terkenal oleh pedagang-pedagang dirantau ini sebagai pelaut yang gagah. Mana tidaknya, kemampuan bangsa Melayu menguasai ilmu kelautan membolehkan mereka membina empayar maritim yang besar pengaruhnya terhadap perdagangan pada ketika itu.
Dalam kesempatan inilah seorang penjelajah Portugis, Ferdinand Megellan yang berkhidmat dibawah kerajaan Sepanyol mencatat nama sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia. Walau bagaimanapun, terdapat keraguan dalam pernyataan berikut kerana bagaimana orang pertama yang mengeliling dunia, namanya tidak tercatat dalam senarai pelayar yang pulang ke Eropah. Jawapannya, sebenarnya hanya kapal beliau yang pulang ke pelabuhan Lisbon, tetapi beliau telah terbunuh didalam sebuah pertempuran di Kepulauan Cebu, Filipina.
Semasa, kejatuhan Melaka 1511, ramai pemuda-pemuda Melayu dijadikan harta rampasan perang oleh pihak Portugis. Ferdinand Megellan yang turut mengambil kesempatan ini untuk membeli seorang pemuda gagah perkasa bernama Panglima Awang Hitam. Lalu Megellan menamakan beliau sebagai Enrique The Black dan dibawanya pulang untuk mempersiapkan ekspidisi Magellan yang seterusnya. Menurut catatan Pegfetta, yang turut mengikuti ekspidisi tersebut, Megellan sangat rapat dengan Awang disebabkan kemahiran ilmu kelautannya dan kepetahannya berbicara dalam bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini sehingga awang tidak lagi dianggapnya sebagai hamba abdi.
Megellan sebenarnya dalam misi mencari laluan baharu merentasi Kepulauan Rempah di Nusantara bagi pihak Sepanyol setelah Melaka dikuasai oleh Portugis. Kelebihan diplomasi yang ada pada Awang Hitam membolehkan Megellan selamat menjalinkan persahabatan bersama pemerintah Cebu iaitu Raja Humabon. Demi membuktikan hubungan diplomatik yang dijalankan, Raja Humabon meminta bantuan Megellan untuk menghapuskan pemberontakan masyarakat asli di Mactan yang diketuai oleh Datu Lapu-Lapu.
Malangnya, tentera pimpinan Megellan tidak mampu memerangi kekuatan seramai 1500 pahlawan diketuai Datu Lapu-Lapu dan beliau sendiri terkorban dalam peperangan tersebut. Dikatakan Panglima Awang Hitam mengalami kemurungan yang dahsyat setelah kematian Megellan. Pegfetta menyatakan bahawa, Megellan pernah mewasiatkan agar Awang dimerdekakan sekiranya beliau meninggal dunia.
Perjalanan Ferdinand Magellen mengelilingi dunia
Namun, suratan takdir telah tertulis bahawa kapal Megellan kekal berlayar sehingga ke Pelabuhan Lisbon melalui Lautan Pasifik menjadikannya ekspidisi pertama mengeliingi dunia. Namun, ada yang berpendapat Panglima Awang Hitam telah kembali ke kampung halamannya di Sumatera bukannya pulang ke Lisbon. Ini secara tidak langsung menjadikan Panglima Awang Hitam orang pertama mengelilingi dunia bermula beliau dibeli oleh Megellah di Melaka dan dibawa pulang ke Lisbon sehinggalah kemali semula ke Kepulauan Melayu.
Aku sebagai anak Bangsa merasa bangga kerana adanya tokoh sehebat Panglima Awang Hitam. Meskipun, sejarawan barat berkeras menegaskan Megellan orang pertama mengelilingi dunia, namun, jasa Panglima Awang Hitam tidak akan pernah terpadam di mata dunia.
Jeng3....
Comments
Post a Comment