Arjuna Betta: Betta Spendens Bahagian II

Assalamualaikum & salam siswa/i,

Seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini, Betta Splendens mempunyai varieti yang pelbagai. Entri kali ini akan menceritakan perbezaan varieti corak warna dan ekor Betta Splendens. Hasil pembiakkan secara terpilih dan rambang telah menghasilkan pelbagai varieti ikan ini. Ini telah mewujudkan pelbagai variasi dari segi bentuk ekor (termasuk sirip), warna dan corak. Hal ini sangat berbeza daripada varieti liar ikan ini yang dikenali sebagai plakat yang berwarna agak gelap dan kusam berbanding varieti kacukkan. Berikut merupakan varieti ekor Betta Splendens yang popular;


1. Plakat

Image result for plakat betta

Plakat merupakan bentuk ekor tradisional bagi Betta Splendens. Ia merupakan bentuk ekor bagi Betta Splendens liar. Jika anda baru mengenali ikan pelaga, anda mungkin anda kan menyangka ia merupakan ikan betina kerana ekornya yang pendek tidak seperti ikan pelaga yang biasa ditemui di kedai akuarium yang mempunyai ekor berjurai-jurai.

2. Halfmoon & Rosetail

Image result for halfmoon betta

Halfmoon merujuk kepada varieti yang mempunyai ekor dengan tebaran 180 darjah. Oleh itu, ikan dalam kategori halfmoon perlu membentuk sekurang-kurangnya huruf "D". Rosetail pula merupakan varieti halfmoon yang mempunyai tebaran ekor melebihi 180 darjah dan mempunyai ekor seperti kelopak bunga ros.

3. Crowntail & Combtail

Image result for crowntail betta

Crowntail mempunyai bentuk seakan ekor pecah. Ini membuatkan ikan varieti ini kelihatan garang terutamanya jika berwarna terang. Namun begitu, crowntail memerlukan penjagaan yang agak rapi iaitu penukaran air secara kerap untuk memastikan bentuk ekor yang baik. Combtail pula sebenarnya merupakan hasil kacukkan diantara Crowntail X Halfmoon.

4. Doubletail

Image result for doubletail betta

Seperti namanya, ikan ini mempunyai dua ekor seakan-akan terbelah akibat mutasi genetik. Dikatakan doubletail kebanyakkannya mudah diserang penyakit dan pakar akuarium menasihatkan agar ikan ini dikacukkan dengan varieti lain bagi memperbaiki genetiknya.

5. Veiltail

Image result for veiltail betta

Veiltail merupakan varieti yang paling banyak dijual di kedai akuarium. ikan ini mempunyai ekor yang panjang dan meleret ke bawah.


Sebenarnya terdapat banyak lagi varieti ekor Betta Spelndens seperti Spadetail, Deltatail, Feathertail, Dumbo Ear dan pelbagai lagi. Berikut pula antara varieti corak warna Betta Splendens;

1. Metallic: Warna Seakan Logam berkilau

Image result for metallicbetta

2. Koi: Tompokan rawak seperti ikan koi

Image result for koi betta

3. Galaxy: Tompokan warna biru seakan bercahaya

Related image

Jeng3.....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM