Sekitar Karnival Konvokesyen UKM Ke-46
Assalamualaikum & Salam Siswa/i,
Poster Konvokesyen UKM 2018
Acara tahunan keramat yang bakal melahirkan ribuan insan bergelar Graduan UKM telah tiba lagi. Kali ini Konvokesyen diadakan sedikit lewat berbanding tahun sebelumnya. Istiadat Konvokesyen UKM Ke-46 ini diadakan dari 10 hingga 13 November 2018 ini menghimpunkan semua graduan UKM di DECTAR, UKM Kampus Bangi.
Apa yang lebih menarik lagi ialah pada malam sepanjang Majlis Istiadat Konvokesyen tersebut diadakan persembahan kebudayaan daripada kolej-kolej kediaman UKM. Berikut merupakan persembahan yang diadakan sepanjang empat hari tersebut.
Sabtu (10 November): Busking
Ahad (11 November): Dikir Barat
Isnin (12 November): Nyanyian Duo
Selasa (13 November): Koir
Kesemua persembahan tersebut diadakan di pentas persembahan di khemah khas yang terletak dihadapan DECTAR. Selain itu, terdapat juga artis jemputan yang diundang pada hari pertama Karnival Konvokesyen UKM iaitu Ariff Bahran. Lebih meriah lagi, karnival ini dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali yang sememangnya berjiwa mesra mahasiswa. Acara perasmian diadakan pada hari pertama sebelum bermulanya persembahan "Busking".
Selain itu, di bahagian tepi khemah turut menyajikan pelbagai gerai yang menjual beraneka jenis makanan yang pastinya menggamit selera pengunjung yang hadir. Oleh itu, bolehlah makan sambil menonton persembahan.
Muka Gembira Kawan Menang Dikir Barat
Seperti biasa, di mana ada pertandingan yang disertai oleh Kolej Aminuddin Baki, disitulah penulis mesti berada. Tambahan pula kawan penulis beraksi pada hari kedua iaitu persembahan Dikir Barat, dan seperti biasa... KAB sentiasa memberikan persembahan terbaik dengan memenangi hampir keseluruhan hadiah yang dipertandingakan iaitu:
1. Johan Pertandingan
2. Busana Terbaik
3. Tok Jogho Terbaik
4. Tukang Karut Terbaik
Sememangnya, Karnival Konvokesyen ini membawa aura tertentu kepada penulis. Ini kerana penulis berharap dapat menamatkan pengajian dengan jayanya di UKM ini sebagai insan bergelar PENDAULAT AMANAH NEGARA....
Jeng3......
Comments
Post a Comment