Dari Garaj ke Googleplex

Assalamualaikum & Salam Siswa/i,


Related image
Paparan "homepage" google.com

GOOGLE.... Jika dulu orang berkata, "malu bertanya, sesat jalan" tetapi kini "malu bertanya Googlekan ada". Pada masa kini, hampir semua benda yang kita tidak tahu, kita akan mencarinya di Internet. Segalanya begitu mudah dengan menaip kata kunci pada kotak carian dan keputusan carian akan muncul kurang daripada sesaat (bergantung kepada kelajuan Internet),

Namun, disebalik kemudahan ini, tahukah anda bahawa sebelum Google muncul sebagai enjin carian yang dominan, kebanyakkan enjin carian yang ada sebelum ini kebanyakkannya memberikan hasil carian yang tidak menepati kehendak pengguna. Ini kerana, kedudukan item carian dapat dimanipulasi dengan mudah dengan meletakkan banyak kata kunci dalam item carian. Misalnya, item carian yang mempunyai perkataan "kereta" paling banyak bagi kata kunci "kereta" akan berada di senarai paling atas dalam item carian.

Justeru itu, muncullah dua pemuda yang mahu mengubah situasi ini. Mereka ialah pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin. Kedua-dua insan ini bertemu ketika baru sahaja mendaftar dalam program Doktor Falsafah Sains Komputer di Standford University, California. Setahun selepas perkenalan mereka, mereka mengusahakan sebuah projek akademik iaitu mencipta sebuah enjin carian yang bernama BackRub. Misinya adalah untuk mencipta enjin carian yang memberikan keputusan yang benar-benar releven. Ini kerana kebanyakkan enjin carian pada ketika itu mudah dimanipulasi dan kabanyakkannya penuh dengan iklan yang tidak diingini oleh pengguna.

Sergey + Larry = Google


Related image
Sergey Brin & Larry Page: Pengasas Google

Operasi projek BackRub bermula di didalam Standford University iaitu lebih tepat dalam bilik Sergey dan Larry sendiri. Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan server Standford University, dengan domain google.standford.edu  Malangnya, projek mereka itu terpaksa dihentikan sementara selepas setahun beroperasi kerana memakan bandwidth (kapasiti Internet) yang tinggi ekoran pemprosesan maklumat yang pesat daripada projek mereka di kampus mereka.

Namun itu, tidak mematahkan semangat mereka berdua. Mereka mula mengusahakan projek mereka ini diluar kampus. Bagi menjadikannya lebih komersial, mereka mula memikirkan nama yang sesuai bagi menggantikan projek BackRub. Pada mulanya mereka ingin menamakannnya googol, iaitu  istilah matematik yang menggambarkan nombor 1 diikuti dengan 100 sifar hingga mencapai infiniti. Mereka akhirnya mengubah ejaannya kepada GOOGOL kepada GOOGLE. Mereka kemudiannya mendaftar domain Google.com secara rasminya pada 15 September 1997 (hari ulang tahun Google).

Menyedari potensi ini, Sergey dan Larry berusaha mencari penaja dengan menawarkan Google dengan harga USD 1 juta. Namun tawaran mereka itu ditolak oleh kebanyakkan syarikat yang mereka temui. Namun, hal itu sedikit pun tidak meruntuhkan motivasi mereka. Berbekalkan modal pinjaman daripada pelbagai pihak, Sergey dan Larry mengambil keputusan untuk mengangguhkan pengajian mereka bagi merealisasikan impian mereka dengan menubuhkan Google Inc. Hal ini mengundang kekecewaan ibu bapa meraka yang mengimpikan anak mereka bergelar Doktor Falsafah.

Sebahagian daripada modal awal mereka dibelanjakan untuk membeli server terpakai dan menyewa garaj milik kawan mereka, Susan Wojcicki di Menlo Park, California. Ini membolehkan Google Inc. beroperasi secara rasminya pada 4 September 1998 dan kakitangan syarikat tersebut terdiri daripada beberapa orang teman sefakulti Sergey dan Larry seperti Craig Silverster dan pengasas Youtube, Steve Chen.

Google sentiasa berkembang sihat sejak tarikh penubuhannya. Berbekalkan slogan "Jangan Jadi Jahat", Google telah berpindah dari garaj ke beberapa buah ruang pejabat di sekitar Menlo Park dan Mountain View, California. Akhirnya, dengan suntikan dana yang mencukupi dan selepas mengambil alih dua buah syarikat web, Google secara rasminya beroperasi di kompleks ibu pejabat mereka dyang terkenal dengan nama jolokan "Googleplex" yang beralamat di 1600 Ampitheatre Parkway, Mointain View, California.


Image result for google product logos
Logo produk-produk yang bernaung dibawah Google.

Pelbagai inovasi telah dilakukan oleh Google sehingga menghasilkan produk yang berkompetitif dalam industri berteknologi tinggi Antara produk bernaung dibawah Google ialah seperti Youtube, Blogger dan sistem operasi Android OS. Ini menjadikan Google antara syarikat teknologi maklumat berdaya saing yang mampu berdiri setaraf dengan syarikat gergasi Microsoft. Bahkan, Bill Gates pernah ditanya dalam sebuah wawancara tentang apakah perkara yang menakutkan beliau. Beliau menjawab "Saya takut dengan orang yang melakukan sesuatu dari dalam garaj mereka", yang merujuk kepada  syarikat seperti Google yang bermula dari garaj sehingga muncul sebagai syarikat teknologi ternama pada hari ini.


Jeng3.....

Comments

Popular posts from this blog

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Aku & UKM