Posts

Showing posts from 2018

Terima Kasih Daun Keladi

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Microsoft Office yang dipelajari dalam Subjek Aplikasi Komputer Syukur syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, berjaya saya menyiapkan tugasan Aplikasi Komputer (EPPD1063) ini iaitu penulisan 28 entri blog (tidak termasuk entri ini), tepat pada masanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas dorongan dan sokongan yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih seterusnya ditujukan kepada pensyarah bagi subjek Aplikasi Komputer iaitu Dr. Zaleha Binti Yazid atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kuliah dijalankan pada semester ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas bagi subjek Aplikasi Komputer Set 4 terutamanya ahli kumpulan Team i-Tastic di atas kesudian untuk berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Segala kenangan menyiapkan tugasan bersama-sama akan sentiasa diingati. Hasil daripada pembelajaran subjek Aplikasi Komputer ini, saya dapat m...

Sekitar Retreat Kerohanian @ Port Dickson

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis dalam Retreat anjuran Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik Kolej Aminuddin Baki 2018. Sebagai maklumat, Retreat juga disebut sebagai Bonding merupakan aktiviti wajib bagi setiap biro yang ada di Kolej Aminuddin Baki pada setiap tahun. 👪 Retreat Kerohanian 2018 Biro Kerohanian pada tahun ini mengadakan Retreat mereka pada 1 dan 2 Disember 2018 bertempat di Sunshine Bay Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 💦💦🏊🏊. Tujuan Retreat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli biro (berjumlah 27 orang termasuk Felo dan MEP - Majlis Eksekutif Pelajar). Lebih menarik lagi Retreat kali ini turut disertai oleh 4 orang ahli biro senior yang berfungsi sebagai PIC (Person-In-Charge) bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan. Hari Pertama Dikuasakan dengan empat buah kereta (2 daripadanya disewa), kami bertolak ke Port Dickson selepas menunaikan Solat Fardhu As...

Inspirasi Laksamana Yi: Pencetus Keajaiban Sungai Han

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Hari ini kita melihat Korea Selatan sebagai sebuah negara Asia yang gah dimata dunia. Manakan tidaknya, Korea merupakan salah satu daripada Empat Naga Asia (gelaran diberikan kepada negara Asia yang telah mencapai status negara maju; Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura) yang disegani oleh kebanyakkan negara-negara Asia yang sedang membangun. Namun tahukah anda... Bahawa sesungguhnya kemegahan Korea yang kita lihat pada hari ini tidak lain hanyalah abu peperangan pada 60 tahun yang lalu. Tidak dinafikan bahawa bangsa Korea tidak banyak memenangi siri peperangan yang mereka sertai. Namun itu, bukanlah pengakhiran bagi memadamkan api semangat orang Korea yang sememangnya terkenal dengan semanagat juang yang tinggi. Laksamana Yi Sun-Shin dalam aplikasi permainan Mobile Legends Hal ini kerana mereka berpegang kuat kepada semangat juang yang ditunjukkan oleh Laksamana Yi Sun-Shin (1545-1548). Bagi peminat aplikasi permainan...

Sekitar FESKIS 2018

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kali ini penulis akan menceritakan mengenai FESKIS 2018. FESKIS merupakan singkatan bagi Festival Kesenian Islam yang dianjurkan oleh Pusat Islam bersempena sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah. FESKIS diadakan selama 4 hari bermula daripada 22 November sehingga 25 November 2018. Lokasi utama bagi FESKIS 2018 pula ialah Auditorium Pusat Siswazah UKM. Poster pemilihan peserta FESKIS 2018 Penulis mempunyai tugas khas sepanjang FESKIS ini berlangsung kerana dibawah Biro Kerohanian, Kolej Aminuddin Baki, penulis bertugas sebagai pengurus bagi pengendali peserta Hafazan yang mewakili Kolej Aminuddin Baki. Oleh itu, penulis berada ketika semua pertandingan berlangsung kecuali Pertandingan Khat. Berikut merupakan acara dan pertandingan yang diadakan sepanjang FESKIS berlangsung: Khamis (22 November): Hafazan Jumaat (23 November): Tilawah Al-Quran Sabtu (24 November): Khat dan Syarahan Ahad (25 November): Nasyid dan Upacara Penutup F...

Sekitar ECONHUNT 2018

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Pada 21 November 2018, Kursus Makroekonomi 1 dibawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan ECONHUNT bagi pelajar FEP yang mengambil Kursus Makroekonomi ini. Ia merupakan markah yang akan dikira dalam dalam kursus ini. Oleh itu, kesemua pelajar FEP yang mengambil kursus ini diwajibkan untuk mengikutinya. Poster EconHunt Makroekonomi 2018 Acara ini agak menarik kerana ia menggambungkan aktiviti lasak, aplikasi teknologi dan soalan yang menguji minda. Acara ini bermula dengan pengumpulan ahli kumpulan. Terdapat 30 kumpulan yang bertanding dalam acara ini dan setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pelajar antarabangsa. Selepas itu, setiap kumpulan akan diberi sampul mengandungi petunjuk dimanakah soalan tersebut disembunyikan.  Seterusnya ucapan alu-aluan dan upacara perasmian ECONHUNT oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Norman Mohd Salleh. Selepas itu, peserta pun mula dilepaskan untu...

Penjelasan: TRANSIT Lembah Klang

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Peta Jaringan Pengangkutan Awam dibawah TRANSIT Entri kali ini akan menceritakan tentang sistem pengangkutan awam di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Hal ini dibantu oleh jaringan jalan raya yang luas dan semestinya pengangkutan awam yang effisyen. Di Lembah Klang (meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan sebahagian Negeri Sembilan), sistem pengangkutan awam ini diintegrasikan dibawah sebuah sistem iaitu TRANSIT (Klang Valley Integrated Transit System).   LRT (kiri) dan MRT (kanan) adalah antara pengangkutan awam dibawah TRANSIT Dibawah TRANSIT, seluruh Lembah Klang dihubungkan dengan 11 buah laluan yang beroperasi sepenuhnya iaitu; 2 laluan rel komuter (KTM Komuter), 5 rel transit pantas (MRT/LRT/Monorail) dan 1 transit bas (BRT). Bagi sambungan ke lapangan terbang pula, 2 buah laluan rel menuju ke KLIA (ERL Ekspres dan ERL Transit) dan satu l...

Sekitar Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki 2018

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Pada entri kali ini, penulis akan menceritakan pengalaman penulis semasa Minggu Keusahawanan Kolej Aminddin Baki. Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan Kolej Aminuddin Baki yang wajib pada setiap tahun ialah Minggu Keusahawanan Kolej Aminddin Baki. Acara ini anjurkan oleh Kelab Usahawan KAB (dikenali sebagai BMart) dan Biro Pembangunan Keusahawanan (EDB). Poster Gerai Biro Kerohanian & Pembangunan Sivik Dalam aktiviti ini, kesemua biro dibawah kendalian Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Aminuddin Baki akan mengadakan jualan bagi mengumpul dana bagi kegunaan aktiviti biro bagi sesi 2018/2019. Antara biro yang terlibat ialah Biro Akademik, Biro Keselamatan, Biro Kebajikan dan tidak lupa biro penulis sendiri iaitu Biro Kerohanian dan Pembangunan Sivik. Selain itu, terdapat juga pemilik gerai dari luar UKM yang menyewa tapak disini bagi meluaskan lagi perniagaan mereka. Acara ini berlangsung selama empat hari bermula pa...

Sekitar Karnival Konvokesyen UKM Ke-46

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Poster Konvokesyen UKM 2018 Acara tahunan keramat yang bakal melahirkan ribuan insan bergelar Graduan UKM telah tiba lagi. Kali ini Konvokesyen diadakan sedikit lewat berbanding tahun sebelumnya. Istiadat Konvokesyen UKM Ke-46 ini diadakan dari 10 hingga 13 November 2018 ini menghimpunkan semua graduan UKM di DECTAR, UKM Kampus Bangi.  Apa yang lebih menarik lagi ialah pada malam sepanjang Majlis Istiadat Konvokesyen tersebut diadakan persembahan kebudayaan daripada kolej-kolej kediaman UKM. Berikut merupakan persembahan yang diadakan sepanjang empat hari tersebut. Sabtu (10 November): Busking Ahad (11 November): Dikir Barat Isnin (12 November): Nyanyian Duo Selasa (13 November): Koir Kesemua persembahan tersebut diadakan di pentas persembahan di khemah khas yang terletak dihadapan DECTAR. Selain itu, terdapat juga artis jemputan yang diundang pada hari pertama Karnival Konvokesyen UKM iaitu Ariff Bahran. Lebih mer...

Arjuna Betta: Betta Imbellis

Image
Assala mualaikum & Salam Siswa/i, Kebelakangan ini, mula wujud segelintir peminat ikan pelaga yang mula berubah arah daripada memelihara ikan pelaga konvensional (merujuk kepada Betta Splendens yang dijual di kedai akuarium) kepada ikan pelaga liar. Hal ini menarik minat penulis kerana bagi penulis. Ini kerana, dalam keghairahan proses kacukkan yang menghasilkan baka baru, baka asli tidak juga harus dilupakan. Menyebut tentang ikan pelaga liar, terdapat satu spesies yang agak menonjol daripada betta sp. yang lain. Ikan pelaga yang dimaksudkan ialah Betta Imbellis. Jika dibandingkan dengan betta sp. liar yang lain, Betta Imbellis mempunyai warna yang lebih terang dan bentuk ekor seperti kipas (mirip varieti plakat). Betta Imbellis Ciri-ciri Ciri Betta Imbellis yang paling dikenali ialah bentuk ekornya seperti kipas. Warna asas ikan ini kebanyakkannya sama ada biru atau biru kehijauan. Warna merah terdapat pada hujung ekor, kedua-dua belah sirip dada (dengan se...

Revolusi Telefon Pintar: Perang Kamera

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Sebuah telefon pintar yang biasa dilengkapi dengan satu kamera di bahagian belakang dan satu kamera di bahagian hadapan bertujuan untuk mengambil gambar. Tapi mutakhir ini, kamera pada telefon pintar bukan sekadar kamera untuk mengambil gambar sahaja. Pelbagai inovasi yang dilakukan oleh pengeluar bagi mempromosikan barangan mereka agar dapat memuaskan kehendak pelanggan yang rata-ratanya mahu kelihatan cantik di dalam gambar. Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (Artificial Intellegent, AI) Pengeluar telefon pintar pada masa kini kebanyakkannya telah melengkapkan telefon pintar yang dikeluarkan dengan kesan Kecerdasan Buatan (AI). Langkah ini telah dimulakan oleh Oppo menerusi siri Oppo F5 pada tahun 2017. Kesan AI membolehkan gambar yang diambil disesuaikan mengikut pencahayaan persekitaran, kecerahan kulit.  Oppo F5 dengan kejuruteraan AI  Dalam pada itu, pengeluar lain iaitu Huawei menerusi model Nova 2i pula memperkena...

Dari Garaj ke Googleplex

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Paparan "homepage" google.com GOOGLE.... Jika dulu orang berkata, "malu bertanya, sesat jalan" tetapi kini "malu bertanya Googlekan ada". Pada masa kini, hampir semua benda yang kita tidak tahu, kita akan mencarinya di Internet. Segalanya begitu mudah dengan menaip kata kunci pada kotak carian dan keputusan carian akan muncul kurang daripada sesaat (bergantung kepada kelajuan Internet), Namun, disebalik kemudahan ini, tahukah anda bahawa sebelum Google muncul sebagai enjin carian yang dominan, kebanyakkan enjin carian yang ada sebelum ini kebanyakkannya memberikan hasil carian yang tidak menepati kehendak pengguna. Ini kerana, kedudukan item carian dapat dimanipulasi dengan mudah dengan meletakkan banyak kata kunci dalam item carian. Misalnya, item carian yang mempunyai perkataan "kereta" paling banyak bagi kata kunci "kereta" akan berada di senarai paling atas dalam item carian. Justeru...

Kau Pergi Jua.....

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Dalam Kenangan 1998-2018 Rasanya seolah-olah baru semalam kita berkenalan. Namun apakan daya, Tuhan lebih menyayangi-MU. Perjumpaan Biro Kerohanian yang pertama merupakan hari bermakna bagi aku kerana itulah titik permulaan persahabatan kita. Disitulah kita mula berkenalan. Meskipun KAU hebat orangnya, namun tidak sekalipun kau meninggi diri ketika bersama kami. AIMAN HAFIZI BIN SHARIFUDDIN, KAULAH SATU DALAM SEJUTA. Ukhwah Terjalin Ketika dalam mesyuarat biro, KAU merupakan ahli yang paling banyak berbicara. Oleh itu, kami sebulat suara memilih kau sebagai Ketua Biro kerana menyedari kewibawaan yang ditunjukkan semasa dalam mesyuarat tersebut. Terkenal dengan kelewatannya dalam mesyuarat, walau bagaimana sibuk sekalipun, KAU tetap cuba sedaya upaya untuk hadirkan diri ke mesyuarat biro. Pada malam barbeku Biro Kerohanian, sifat kepimpinan KAU semakin menonjol. Manakan tidaknya, sewaktu ahli biro lain sedang sedap menjamu seler...

Labu Berhantu?

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Tanggal 31 Oktober sudah semakin tiba. Ia merupakan tarikh yang sinonim bagi penganut Kristian dengan perayaan yang dikenali sebagai Hari Halloween. Satu daripada elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan perayaan ini selain daripada kostum hantu dan pemberian gula-gula ialah budaya " Jack-O-Lantern " .  " Jack-O-Lantern " atau " Jack of the Lantern " merupakan hiasan yang dibuat menggunakan labu diukir dengan wajah dan diletakkan lilin di dalamnya ( Lantern bermaksud tanglung). Sebenarnya ada sebab mengapa ia dinamakan "Jack" dan labu bukanlah bahan asal untuk membuat perhiasan ini.  Pada zaman dahulu.... Mengikut kepercayaan orang Celtic (penduduk asal Ireland dan Scotland), ada seorang lalaki tua yang bernama Stingy Jack yang suka mengenakan keluarga dan rakan-rakannya. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Stingy Jack mempermainkan seekor syaitan dengan mecabar syaitan tersebut unt...

Jelajah Uptown Jalan Reko

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Kehidupan di UKM pada hari minggu boleh jadi sesuatu yang membosankan 😥😥..... Kalau nak keluar ke pusat membeli-belah adakalanya berfikir 2-3 kali sebab.... duit makin kering woo . Tetapi ada satu alternatif yang lebih murah dan dekat yang boleh menggantikan kompleks beli-belah. Jawapannya ialah Uptown Jalan Reko, Kajang . Uptown Jalan Reko, Kajang Uptown Jalan Reko merupakan bazaar malam ( bukan pasar malam ) yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan dari makanan, baju, kasut dan beg pada harga yang murah dan berpatutan. Lokasinya sangat strategik kerana terletak diantara Pusat Bandar Kajang dengan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Selain itu, Stesen Bas Ekspres Reko Sentral juga terletak beberapa kilometer dari sini dan kita juga boleh mendapatkan barangan keperluan harian di pasar raya Econsave yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari sini. Pada bulan Ramadhan kawasan ini dikenali sebagai Bazaar Ramadh...

Sekitar Malam Akhir Debat Piala Naib Canselor

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Final Pertandingan Debat Naib Canselor 2018. Sudah lama rasanya, penulis tidak menulis entri bukan ilmiah di XwireD . Pengalaman kali ini adalah mengenai malam Pertandingan Debat Naib Canselor:Final yang berlangsung pada 21 Oktober 2018. Sebagai warga Kolej Aminuddin Baki, aku sememngnya rasa berkeperluan untuk menonton pertandingan ini. Ini kerana Pasukan Debat KAB A merupakan salah satu daripada dua finalis yang bertanding. Pihak lawan bagi Kolej Aminddun Baki ialah Kolej Tun Syed Nasir (KTSN B) dari Kampus UKM Cheras. Berbeza daripada tahun-tahun lepas dimana final diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), final kali ini diadakan di Persada Canselori. Namun begitu, kemeriahannya tetap terasa. Memperkenalkan Pasukan Debat KAB A.... Pasukan Debat KAB A Dalam pertandingan ini, Pasukan KAB A merupakan pembangkang manakala Pasukan KTSN B merupakan pihak kerajaan. Usul perdebatan kali ini ialah 100 Universiti Te...

Hiasi Rumah Anda Dengan Tumbuhan Hiasan

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Tumbuhan Hiasan TUMBUHAN HIASAN merujuk kepada tumbuhan yang ditanam bagi tujuan perhiasan taman-taman,projek landskap dan pameran spesimen. Aktiviti menanam tumbuhan hiasan ini dikenali sebagai florikultur iaitu salah satu daripada cabang hortikultur. Menanam tumbuhan hiasan ini sebenarnya sangat mudah kerana jika kita bijak memanfaatkan sumber yang ada disekeliling, anda mampu menanam tumbuhan hiasan dengan kos yang sangat minima. Menggunakan barang kitar semula, kita sebenarnya mampu menanam tumbuhan hiasan di dalam rumah kita sendiri.  Kaktus Kaktus Dalam Balang Kaca Kaktus merupakan tanaman hiasan yang paling mudah dijaga di dalam rumah. Ini kerana kaktus tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi seperti tumbuh-tumbuhan hiasan yang lain. Dalam habitat semula jadi, kaktus mampu hidup dalam cuaca panas melampau tanpa mendapat air selama berbulan-bulan. Malahan, bagi penanaman kaktus dalam rumah, ahli botani...

Penjelasan: Krabi-Krabong

Image
Assalamualaikum & Salam Siswa/i, Amaran: Entri ini bukannya mengenai destinasi peranginan yang popular di Thailand iaitu Krabi. 🌞🌊🌆 Jika entri sebelum ini menceritakan mengenai kehebatan Phraya Phichai bertempur di medan perang, entri kali ini pula menceritakan perihal seni mempertahankan diri yang digunakan oleh Phraya Phichai sendiri. Ianya dikenali sebagai Krabi-Krabong ( Krabi : pedang dan Krabong : tongkat). Krabi-Krabong Krabi-Krabong merupakan seni mempertahankan diri dari Thailand yang menggunakan senjata mirip seperti seni mempertahankan diri yang lain di Asia Tenggala seperti Silat Tempur (Alam Melayu), Banshay (Myanmar) dan Kbach Kun Boran (Kemboja). Namun begitu, apa yang menjadikan ianya berbeza daripada yang seni mempertahankan diri yang lain, petarung Krabi-Krabong menggunakan dua senjata di tangan kiri dan kanan mereka ketika berlawan. Antara senjata yang digunakan dalam Krabi-Krabong ialah: 1. Krabi : Pedang melengkung 2. Daap : Pe...